MASJID BADARIAH

KAMPUNG BATU 12, JALAN KAPAR,42200 KAPAR, KLANG
SELANGOR
1002003
013-3855919
01/01/1970

SEJARAH

Masjid lama telah dibina pada akhir 1800an dan masjid yang sediada telah dibina pada tahun 1968. Ianya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salehuddin Abd Aziz Shah, Pemangku Raja Selangor.pada 12/5/1972.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu lama . Ianya dibina sepenuhnya dengan batu bata konkrit dan beratapkan asbestos. Ianya dilengkapi dengan kubah yang sederehana besar dan menara yang tinggi diluar bangunan masjid. Bahagian atasnya dilengkapi dengan sisip angin bagi tujuan pengudaraan yang baik. Terdapat hanya satu ruangan solat yang luas dan dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah pejabat, ruang parking , van jenazah dan khidmat urusan jenazah.

PETA