MASJID AL - EHSAN

KG. TOK MUDA,42200 KAPAR, KLANG
SELANGOR
1002002
019-2565958
01/01/1970

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini dibina daripada kayu yang telah digunakan oleh masyarakat kampong ini diawal tahun 60an. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah 11/12/1964. Sehingga kini masjid ini masih lagi kekal dengan identiti lamanya tanpa sebarang perubahan besar.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu lama . Ianya dibina dengan batu bata konkrit dan sebahagian dari dindingnya adalah kayu. Manakala atapnya pula adalah zink. Rekabentuknya agak ringkas dimana tiada kubah dan menara sebagaimana kebiasaan masjid lain. Ianya hanya dibina bumbung yang tinggi ditengah-tengah bangunan masjid dan dijadikan sebgai kubah. Terdapat hanya satu aras ruangan solat yang mana jemaah lelaki dan wanita dipisahkan oleh tabir. Ruangan solatnya dilengkapi dengan permaidani hijau kuning kipas angin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parking , khidmat nikah kahwin dan khidmat urusan jenazah,

PETA