Masjid ini mempunyai kubah dan menara yang besar, mihrab dan dewan solat utama .
Dewan solat masjid ini terletak di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya pula terdapat Dewan dan juga pejabat masjid. Ianya mempunyai tangga yang cantik untuk ketingkat atas ruangan solat.
Masjid ini terdiri daripada batu sebagai struktur utama binaannya.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya. Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur ,dewan,van jenazah,mandi jenazah dan tempat wudhuk lelaki dan wanita .
Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.