Sejarah masjid ini bermula sebelum pada tahun 2004 apabila ia mula-mula dibina dengan kayu dan dikenali dengan surau disebidang tanah yang telah diwakafkan.
Kemudian , ia diubahsuai dengan batu dan siap dibina pada tahun 2004 oleh kerajaan dan orang kampong bagi menggantikan binaan masjid yang dibina daripada kayu tersebut.
BINAAN
Struktur masjid ini berasaskan batu sepenuhnya. Ianya mempunyai dua aras di bahagian dalamnya untuk menempatkan para jemaah.
Masjid ini mempunyai menara yang tinggi diluar bangunan dan bumbung yang bertingkat direka khas sebagai kubah.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya . Dewan solat utama masjid dilengkapkan dengan penghawa dingin .
Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur , tempat wudhuk lelaki dan wanita ,bilik tetamu,bilik komputer, CCTV system penggera, van jenazah dan juga tempatt mandi jenazah.
Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas untuk pegawai masjid yang berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.