Masjid ini dibina apabila terbinanya taman perumahan Taman Desa jaya dan Taman Ehsan pada tahun 1984 diatas sebuah tapak yang dianugerahkan oleh pemaju taman perumahan ini. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul aziz Shah pada tahun 1987.
Masjid ini dibina atas kesepakatan penduduk yang mana Ianya difikirkan perlu adanya sebuah masjid di kawasan perumahan ini., yang mana masjid ini akan digunakan sebagai tempat ibadah umat-umat islam di sekitarnya.
BINAAN
Mempunyai seni ukiran khat yang memaparkan kalimah Allah dan juga ayat-ayat suci Al-quran di bahagian depan dinding ruangan solat. Seni khat juga digunakan untuk menghiasi mimbar yang diperbuat daripada simen ini.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya ..
Selain itu , terdapat juga rumah imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur , tempat wudhuk lelaki dan wanita ,van jenazah dan tempat memandikan jenazah.
Dari segi keselamatan masjid ini juga terdapat kamera litar tertutup (CCTV). Terdapat juga taman permainan dan lapangan riadah untuk kanak-kanak sekitar bermain.
Di bahagian luar masjid terdapat ruang letak kereta terbuka mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.