Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Masjid ini mempunyai dua aras solat serta mempunyai maahad tahfiz al-hijrah. Separuh daripada dindingnya disempurnakan dengan ukiran kayu.Masjid yang tersergam indah ini mempunyai dua aras solat dan di bahagian luar terdapat ukiran yang sangat menarik dan melambangkan keagongan yang maha kuasa. Dari jauh masjid ini di lihat sangat megah dan mewah dengan seni bina nya dan juga ciri bangunannya nampak mewah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,bilik mesyuarat, rumah pegawai masjid, pusat cuci kereta dan pejabat pentadbiran.Di bahagian luar masjid terdapat sudut rekreasi seni taman yang sangat menarik dan cantik.