509, JALAN B11, TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR
SELANGOR
1001013
03- 41057593
03- 41057593
30/11/-0001
SEJARAH
Sebuah surau iaitu di fasa B telah di naik tarafnya menjadi masjid tetapi tertanya masih lagi tidak mencukupi untuk menampung jemaah disebabkan ruang yang terhad dan hanya dapat menampung 500 jemaah sahaja..
Jawatankuasa masjid AlHidayah Taman Melawati telah membentuk Jawatankuasa Pembangunan yang dipertangungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan sebuah Masjid di atas tapak seluas 4.5 ekar ini.
BINAAN
Aspek senibina tropika ditekankan sebagai menghargai nikmat-nikmat semulajadi yang dijadikan Allah seperti cahaya dan udara. Bangunan masjid dibina dalam 2 aras.
Mihrab yang menjadi titik fokus kepada ruang yang dihiasi dengan motif-motif hiasan geometri dan tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran yag berteraskan kesenian islam.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya. Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur , tempat wudhuk lelaki dan wanita .
Di bahagian luar masjid terdapat gelangang futsal yang mana ianya digunakan oleh penduduk sekitar dan juga digunakan untuk pertandingan anjuran pihak masjid ini. Terdapat juga gerai gerai untuk jualan pada hari- hari tertentu