MASJID AL -SYARIFF

KG. SIMPANG TIGA, JALAN GOMBAK, 53100 SELANGOR
SELANGOR
1001005
30/11/-0001

SEJARAH

Dalam tahun 1890 lebih kurang 116 tahun yang lalu telah datang beberapa orang dari Sumatera dari suku kaum Minangkabau ke Kampung Simpang Tiga, Gombak sebagai satu penghijrahan yang mana pada masa itu kampung kecil tersebut didiami oleh hanya beberapa keluarga melayu sebagai penduduk asal. Lalu dibina sebuah surau untuk dijadikan tempat ibadat, terutamanya solat jumaat. Masjid ini sering menjadi singgahan bagi pengunjung-pengunjung dari pantai timor sebelum tiba di Kuala Lumpur.

BINAAN

Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk moden ala Timor Tengah dimana terdapat menara yang tinggi dibina diluar bangunan dan kubah besar ditengah-tengah bangunannya. Bangunan masjid ini dibina tiga tingkat dan besar. Ianya diperbuat daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna biru muda pada keseluruhan bangunan. Masjid ini mempunyai tiga tingkat ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir, pejabat, dewan dan ruangan solat yang luas.,

PETA