MASJID NURUL MUHIBBAH

KEM ORAN, MATA AYER, KANGAR
PERLIS
0903031
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Nurul Muhibbah, Kem Oran pada asalnya dahulu adalah sebuah surau yang boleh memuatkan seramai 800 jemaah.Ia dibina selaras pembinaan Kem 12 Briged pada bulan Januari 1981 dan mula diduduki pada bulan Februari 1982.Ia terletak di Chuping, Perlis.Kos pembinaan surau Nurul Muhibbah ketika itu dianggarkan berjumlah RM 353,200. Surau Nurul Muhibbah, Kem Oran hanya digunakan untuk solat jemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain.Ia diimarahkan sepenuhnya oleh anggota Muslim dari unit 3 RRD dan Kem 12 Briged. Selaras dengan penubuhan Markas 12 Briged di kem Oran dengan keanggotaan seramai 3200 orang, maka permohonan secara rasmi untuk mendirikan solat Jumaat di surau tersebut telah dipanjangkan oleh Yang Berbahagia Brigeder Jeneral Haji Mohd Isa Bin Che Kak, Panglima 12 Briged ketika itu kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis pada 12 November 1982. Setelah beberapa lama melalui proses permohonan akhirnya Surau Nurul Muhibbah telah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis untuk menunaikan solat Jumaat dan surat Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis pada 1 Januari 1983 dengan nama Masjid Nurul Muhibbah, Kem Oran telah memulakan solat Jumaat pada 4 Mac 1983 bersamaan hari ulang tahun Tentera Darat yang ke - 50. Imam yang dipilih ketika itu ialah Ustaz Mohd Ghazali Bin Ismail.Beliau adalah seorang guru agama tingkatan khas 12 Briged manakala jawatan bilal disandang oleh Ustaz Ahmad Bin Mohamad juga dari markas 12 Briged. Kini Masjid Nurul Muhibbah, Kem Oran hanya diimarah dan dikelolakan oleh warga batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja dan Briged Sempadan dalam melaksanakan program-program keagamaan.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA