MASJID NURUL YAQIN

KAMPUNG CHANTIK BANGUN, 02700, SIMPANG EMPAT, PERLIS
PERLIS
0902036
01/01/1970

SEJARAH

Sejarah kewujudan Masjid Nurul Yaqin,Kampung Chantek Bangun bermula apabila Allahyarham Haji Abdullah Bin Ahmad iaitu anak tempatan kariah ini telah mewakafkan sebahagian daripada tanah miliknya untuk didirikan masjid manakala sebahagiannya disumbangkan oleh orang ramai.Selepas Tanah Melayu merdeka,kesukaran kemudahan asas seperti jalan raya sedikit sebanyak menyukarkan jemaah ke masjid yang terletak jauh dari kariah ini.Ekoran daripada itu maka timbullah hasrat yang disuarakan oleh penduduk kampung kepada pihak kerajaan untuk membina sebuah masjid bagi kegunaan anak kariah.Syarat utama yang ditetapkan oleh pihak kerajaan ialah sebuah masjid itu perlulah mempunyai kariah.Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis telah membuat tinjauan dan bancian penduduk setempat.Mereka juga telah berbincang untuk mendapatkan persetujuan imam-imam di kariah berhampiran bagi menentukan sempadan kariah masing-masing.Selepas sebulat suara bersetuju,pihak JKKK Kampung Chantek Bangun telah menghantar permohonan dengan sokongan wakil rakyat pada ketika itu iaitu YB Dato' Haji Abu Bakar Bin Ahmad dan ahli parlimen Allahyarham Tuan Syed Hassan Bin Syed Hamid ke Jabatan Agama Islam dan telah mendapat perkenan Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.Pada tahun 1979 terbinalah masjid pasang siap yang pertama di kariah ini.Disebabkan kepada pertambahan anak kariah tempatan maka masjid yang sedia ada tidak dapat lagi menampung kapasiti jemaah.Pihak JKKK sekali lagi telah membuat permohonan masjid baru kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis melalui ADUN Kwasan Guar Sanji iaitu Tuan Haji Jafperi Bin Othman.Alhamdulillah terbinalah sekali lagi sebuah masjid yang bercirikan seni bina Turki dan tempatan serta boleh memuatkan sehingga 500 jemaah.Masjid ini telah pun mula digunakan untuk solat pada 26 Jun 2010.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA