MASJID RAJA MUDA MUSA

NO. 40 KAMPUNG MELAYU CHANGKAT LARAH, 34600 KAMUNTING, PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0822165
0195101741
01/01/1963

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 1961 atas persetujuan penduduk masa itu, bagi menggantikan madrasah lama di atas tapak yang sama. Modal pembinaan masa itu dengan cara membuat pungutan dari rumah ke rumah sebanyak RM10 dan juga hamba-hamba Allah yang berwakaf. Jumlah terkumpul pada masa itu anggaran RM3000 dan terbinalah masjid raja muda musa tersebut dengan pembinaan secara bergotong royong. Jumlah tersebut juga dicampur dengan pajakan tanah getah dan pungutan dari para jemaah. Madrasah lama diubah sebelum mula pembinaan dengan cara mengangkat beramai-ramai. Alang kayu dilekatkan dibahagian bawah lantai madrasah. Jangkaan orang ramai yang terlibat mengangkat madrasah masa itu lebih kurang 150 orang.

BINAAN

Masjid ini dibina mengikut senibina melayu dengan kubahnya berbentuk 4 segi daripada kayu. Bumbung asal adalah zink ( diganti beberapa kali dan sekarang berbumbung zink warna). Masjid ini tiada menara.Ruang solat yang diletakkan karpet dan bahagian luarnya sebahagian carpet, sebahagian tikar. seni khat hanya dimimbar yang diwakafkan oleh seorang Hamba Allah. Masjid ini masih bocor dan memerlukan pembaikan dan adalah lebih elok jika mendapat peruntukan baru dianggarkan 1.5 juta pembinaan baru, masjid ini juga menyediakan ruang solat untuk wanita beserta telekung. Mempunyai sebuah ruang untuk mesyuarat AJK. kitab-kitab al-Quran diletakkan di tempat atau rak-rak al-Quran. tempat mengambil air wuduk yang sempurna dan juga paip Air untuk berwuduk. Masjid ini masih menyimpan kentong lama. Digunakan masa lalu bila masuk waktu dan memaklumkan jika ada kematian dengan cara mengetuknya. Masjid ini telah berusia 53 tahun dan pihak kami amat memerlukan masjid yang baru dengan pertambahan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -ruang makan -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah -gazibo -van jenazah - air minuman bertapis panas dan sejuk -stor penyimpanan barang -penghawa dingin -ruang persalinan

PETA





64394


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan