MASJID KAMPUNG EXPO

KAMPUNG EXPO, 34600 KAMUNTING, PERAK
PERAK
0822161
0195554834
01/03/2005

SEJARAH

1. Bermula dengan sebuah surau yang diasaskan pada tahun 1989 di atas Lot 17672 bersebelahan dengan tapak masjid sekarang. Pada 25 Mac 1994, surau tersebut telah mendapat kelulusan dinaik taraf sebagai Surau Diri Jumaat. 2. Pada 11 Mei 1999, kelulusan telah diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk merizabkan tanah kerajaan di Lot 20016, seluas 12,401 meter persegi untuk dijadikan sebagai tapak tambahan surau dan wakaf am (No. Warta, [PTG. Pk.242/1-62(C); PTLM.370/04/94/01; P.U.Pk.67/71-54.}. 3. Pada bulan September 2009, kerja menimbun tanah di tanah lot yang berkenaan siap dilaksanakan dengan kos RM29,300.00. 4. Pada tahun 2004, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg. Expo telah ditubuhkan. Kerajaan negeri Perak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar (PLB) untuk mendirikan sebuah masjid baru di Kampung Expo. 5. Pada bulan Oktober 2005, Masjid Kampung Expo telah berjaya disiapkan sepenuhnya. Masjid baru ini dapat menampung lebih kurang 400 jemaah pada satu-satu masa. 6. Pada 21 Oktober 2005 bersamaan 17 Ramadan 1426H, majlis pengisytiharan mendirikan solat Jumaat telah diadakan yang telah disempurnakan oleh SF Yang Berusaha Tn. Hj. Zamri bin Hj. Hashim, Setiausaha Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. 7. Pada pertengahan tahun 2007, dewan sembahyang tambahan berkonsep terbuka, berukuran 100 ka. x 60 ka. telah berjaya disiapkan dengan kos RM250,000.00. Dewan sembahyang tambahan ini boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa. 8. Sebuah dewan terbuka pelbagai guna, iaitu Dewan al- Marbawi telah dibina 9. Pada tahun 2013, bangunan surau lama telah dinaik taraf sebagai pejabat dan bilik gerakan masjid, dan sebagai dewan kuliah 10. Pada akhir tahun 2016, bangunan setor telah dinaik taraf sebagai bilik pengurusan jenazah. 11. Pada tahun 2016, Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Sina (SERATIS) Masjid Kampung Expo telah berjaya diwujudkan dengan kerjasama Ibnu Sina Kamunting, bermula dengan satu kelas Tahun 1. 12. Pada akhir tahun 2018, sebuah dewan kuliah yang baru, Dewan An-Nawawi yang turut menempatkan pejabat dan bilik gerakan masjid telah berjaya disiapkan. Dewan ini boleh menampung lebih kurang 100 orang pada satu-satu masa. 13. Mempunyai parkir berturap yang luas dan terhindar dari kesibukan lalu lintas

BINAAN

KEMUDAHAN

Dewan sembahyang utama berkeluasan 3,600 k.p. 2. Dewan sembahyang terbuka berkeluasan 6,000 k.p. 3. Bangunan tandas, kolah wuduk dan setor 4. Laluan khas untuk jamaah kurang upaya (OKU) / keuzuran 5. Dewan kuliah (Dewan An-Nawawi) dan dewan terbuka pelbagai guna (Dewan Al-Marbawi) 6. Ruang pejabat dan bilik gerakan masjid 7. Bilik pengurusan jenazah 8. Sistem penyaman udara di dewan sembahyang utama masjid dan di Dewan an-Nawawi 9. Kipas gergasi di dewan solat terbuka 10. Kelengkapan sistem televideo & multimedia, dan sistem CCTV 11. Sebuah van jenazah 12. Sebuah van penumpang 13. Bilik tamu 14. Medan santai 15. Medan parkir berturap dan bangsal motosikal

PETA





68227


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan