Masjid asalnya dibina atas tanah wakaf Lot 1995 pada tahun 1930 kerana bilangan jemaah bertambah ramai dan mencukupi untuk mendirikan solat Jumaat. Masjid tersebut diberikan nama Masjid An-Nur.
Oleh kerana peredaran masa, ruang masijd yang kecil tidak dapat menampung ahli kariah yang bertambah. Tambahan pula, kawasan yang ada amat terhad untuk membolehkan naik taraf pembesaran masjid.
Hasil perbincangan, permuafakatan dan persetujuan bersama sesama komuniti setempat maka tapak baharu dipilih atas Lot 4324 juga tanah wakaf dan hak milik Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak yang telah didirikan sebuah surau dengan keluasan 0.3642 hektar. Lokasinya hanya 300 meter dari masjid asal (Masjid An-Nur) dan terletak berhampiran Pekan Jelai, sekolah serta di tepi jalan utama dari Pantai Besar ke Taiping.
Siap dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan bernilai RM850000. 00 dan diberi nama Masjid Jamek Al-Kahfi. Atas persetujuaan bersama juga masjid ini dijadikan masjid diri Jumaat kepada ahli kariah Kampung Jelai.
Masjid ini telah didaftarkan atas JAIPK/BPM/M/TPG/06.
Ciri-ciri pembinaan masjid menggabungkan unsur tradisional dan moden.
BINAAN
KEMUDAHAN
Dewan Solat
Pejabat Masjid
Bilik Iman dan Siak Azan
Bilik Mesyuarat
Dewan Serbaguna (Jamuan & Mesyuarat)
9 unit Pemasangan Pendingin Hawa (Air-cond)
1 unit Pondok Wakaf
1 unit Penapis Air untuk kemudahan Jemaah
1 unit Ruang Parkir Motosikal
Laluan pejalan kaki OKU
1 unit Jam Waktu Solat Digital
Tandas perempuan (3 bilik)
Tandas lelaki (4 bilik)
Bilik mandi/ persalinan (2 bilik)
Tempat Letak Kereta ( medan terbuka)
1 unit Balai Lintang
1 unit Bilik Setor
1 unit van jenazah (wakaf)
1 unit Tempat Masak
1 unit Menara