MASJID DAERAH TAIPING (KPG. JAMBU)

MASJID DAERAH TAIPING, JALAN LONG JAAFAR, 34000 TAIPING, PERAK.
PERAK
0822150
0127890156
14/02/1968

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 1968 sebagai Masjid Melayu Baru Bandar Taiping bagi menggantikan Masjid Melayu Lama yang telah bertambah. Ia terletak di atas sebidang tanah lot 2362 bandar Taiping dengan keluasan tanah 4,0201 ekar. Ianya dibina dengan kos RM500,000 daripada sumbangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan orang ramai. Masjid ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak Sultan Idris pada tahun 1972. Pada tahun 1987, apabila kerajaan negeri hendak mewujudkan sebuah masjid daerah. Masjid ini telah dipilih kerana ianya merupakan masjid yang terbesar dan tercantik pada masa itu dan nama masjid daerah kekal hingga sekarang. Masjid ini telah digunakan untuk menunaikan solat jumaat dan solat hari raya oleh penduduk bandar taiping dan kawasan sekitarnya.

BINAAN

Rekabentuk masjid ini diilhamkan oleh Almarhum Sultan Idris dengan berpandukan kepada rekabentuk Masjid Negara di Kuala Lumpur. Semasa dibina masjid ini mempunyai 2 buah kubah yang menyerupai kubah masjid masjid negara. Satu kubah sederhana besar terletak di atas tempat ambil wuduk dan 1 lagi di atas menara masjid. Tiada kubah dibina di atas bumbung bangunan induk masjid. Kedua-dua kubah tersebut telah ditukar kepada kubah bulan kerana telah berkarat dan di tambah 1 kubah besar di bina di atas bangunan masjid seperti yang ada sekarang.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -kedai perniagaan -tandas awam -tandas orang kurang upaya -ruang bilik kuliah -pondok rehat -kawasan riadah

PETA