Masjid Kg. Sahom yang asal telah dibina berdekatan dengan Sungai Kepor, kira-kira 600 meter dari masjid sekarang. Masjid ini telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk tempatan dengan menggunakan kayu. Memandangkan masjid ini kecil dan lama kelamaan menjadi semakin usang, ahli jawatankuasa kampung pada masa itu (1975) yang diketuai oleh En Piteh, telah memohon peruntukan kepada wakil rakyat untuk membina sebuah masjid yang baru untuk kariah Kg. Sahom. Akhirnya pada tahun 1976, peruntukan membina masjid telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat termasuk membeli sebidang tanah untuk didirikan masjid yang sekarang ini . Sehingga kini, masjid ini juga telah diubahsuai keluasannya sebanyak 2 kali untuk menampung kapasiti jemaah yang semakin bertambah.
BINAAN
Masjid ini dibina berasaskan batu bata berkonsepkan masjid tradisi melayu seperti mana lain-lain masjid di Negeri Perak, berbumbung zink dan kubah berbentuk bulat ditengah-tengah bumbung. Menara dibina disebelah masjid dengan ketinggian 30 meter dengan kubahnya berbentuk kon. Mihrab dibuat dari keluli dan berlantaikan papan setinggi 8 kaki. Masjid ini berlantaikan 'tile' dan ditutupi dengan permaidani nipis. Dinding dihiasi dengan tulisan khat yang ditempah khas.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-kerusi orang kurang upaya