MASJID AL- AZIM

KG. GUNUNG PANJANG, 31600 GOPENG, PERAK
PERAK
0817043
0135159148
01/08/1997

SEJARAH

Masjid Al-Azim, Kg.Gunung Panjang, Gopeng, Perak terletak di atas sebidang tanah lot no 32758, mukim Kampar yang diwakafkan oleh Tuan Hj Omar b Yaakub, Allahyarham Tuan Haji Yusoof b Ahmad Shah dan puan Allahyarhamah Puan Zaharah bt Hj Salleh penduduk Kampung Gunung Panjang dengan keluasan hampir 1 ekar. Tanah tersebut telah diwartakan atas nama Yang Dipertua Majlis dan Adat Melayu Perak. Masjid ini telah mula dibina pada 01 Ogos 1997 dengan kos melebihi RM680,000 yang mana keseluruhan peruntukkan di perolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Masjid ini boleh menampung 500 hingga 600 orang jemaah 1 masa dan mempunyai 1 balai lintang dan siap di bina pada 18 Disember 1998. Masjid ini telah mula digunakan pada 18 Disember 1998, di mana pengisytiharannya pada hari jumaat oleh yang berbahagia s.s Dato' Seri Harussini b Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak selaku pengerusi Majls Fatwa Kerajaan Negeri Perak. Masjid ini digunakan sepenuhnya dan melaksanakan aktiviti keagamaan mengikut jadual atau program yang dirancang oleh jawatankuasa masjid.

BINAAN

MASJID DIBINA BERBENTUK SEGIEMPAT SEPERTI MASJID-MASJID LAIN. KUBAH BULAT DAN DITEPI MASJID ADA MENARA UNTUK PEMBESAR SUARA. KAWASAN MASJID TIDAKLAH BEGITU LUAS DAN SEKIRANYA ADA RANCANGAN UNTUK MENAMBAH STRUKTUR-STRUKTUR KELILING MASJID TIDAK DAPAT DILAKUKAN.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -ruang makan -ruang masak -tandas awam -kerusi orang kurang upaya

PETA