-Masjid asal ini dibina di atas tapak tanah milik Bonda Almarhum Sultan Azlan Shah yang mana struktur pembinaan asalnya adalah berasaskan kayu. Masjid ini dirobohkan dan dibina semula adalah untuk menampung kepadatan jemaah masjid yang kian bertambah. Masjid ini melalui proses pengubahsuaian di bahagian mihrab imam dan penambahan ruang tepi masjid. Kemudian, semasa proses pengubahsuaian, Almarhum Tuanku Sultan Azlan telah mencemar duli melawat masjid lalu baginda menitahkan agar masjid ini dibina semula dengan ilham dari tuan sendiri.
-Pada 9HB Oktober 2008, masjid ini telah melalui proses pembinaan semula di tapak yang sama secara rasminya yang dianggarkan boleh menampung kapasiti jemaah seramai 1500-2000 orang. Mengikut sumber Jabatan Kerja Raya (JKR), kos pembinaan asal bagi bagi masjid ini sebanyak RM9.3 juta. Namun ianya meningkat sehingga 10.3 juta. Sepanjang proses pembinaan masjid ini, segala aktiviti dan solat jemaah diadakan di bangunan sementara yang terletak bersebelahan dengan tapak masjid ini.
-Pada 20HB April 2013 (Ahad), masjid ini telah siap dibina dan digunpakai oleh para jemaah untuk solat dan sebagainya. Perasmian masjid telah disempurnakan oleh ke bawah DYMM Pemangku Sultan Perak pada bulan September 2014. Pembinaan masjid ini menelan belanja sebanyak RM26 juta dan merupakan antara masjid tercantik di negeri Perak.
BINAAN
Masjid yang telah dibina sejak tahun 1930-an ini, dahulunya diperbuat daripada kayu dan telah dibina semula berasaskan batu bata sekitar tahun 1970-an sebelum Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan agar masjid ini dibina semula pada akhir tahun 2006. Masjid Toh Puan Besar Hatijah sebelum ini dikenali sebagai Masjid Daerah Batu Gajah dan masjid ini merupakan masjid pertama dirasmikan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35.
KEMUDAHAN
Mempunyai kelengkapan yang lengkap seperti bilik kuliah, pejabat, ruang solat dan sebagainya.