Pada asalnya masjid Tronoh terletak dikawasan tapak kedai dan bengkel milik masjid Tronoh yang ada sekarang. Ia dibina pada awal tahun 1900 yang ada kaitan dengan sumbangan Raja Billah dari Sumatera yang pada masa itu sangat kaya, beliau memiliki rumah gadang di Papan Perak.
Beliau banyak terlibat dengan perniagaan dan pelombongan bijih timah. Beliau juga mendirikan masjid di Pekan Papan Perak yang sekarang tinggal using.
Masa berlalu, Masjid Tronoh juga turut menjadi usang , masjid sekarang ini yang didirikan pada awal 1970 adalah sebagai pengganti masjid yang lama yang bentuknya agak serupa dibeberapa tempat dalam negeri Perak berdindingkan jaring papan, kos RM 25,000.00.
Jemaah yang ada pada masa itu amat sedikit kerana sekitar masjid hanya penduduk dari Kg Merbau dan Perumah Awam Jalan Siputeh serta Klinik kesihatan Kecil Tronoh sahaja , manakala waktu solah Jumaat ia dihadiri oleh penduduk dari Kg. Bali, Kg. Kurnia dan Kg. Serkai Jadi.
Dari masa ke semasa masjid Tronoh diubah suai dengan melakukan sedikit penambahan dan pembesaran ia tidak menampakkan sangat keseniannya sebagai sebuah masjid yang sepatutnya, dengan keadaan sekarang di tempat yang kian membangun ini.
Bagi pihak jawatankuasa masjid amat perihatin melihat keadaan masjid Tronoh sekarang ini yang semakin kurang selesa kerana penambahan penduduk dengan wujudnya UTP, UiTM, APBM Pusat Latihan Bomba Pusat Pusat Perniagaan dan Taman Taman Perumahan.
Justru itu pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Tronoh telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu dan disokong oleh MyFund Action untuk pembinaan masjid baharu yang sekarang pembinaannya sedang berjalan dengan sumbangan orang ramai.
BINAAN
Ciri-ciri senibina / struktur pembinaan mengikut masjid binaan.
(Kubah, menara, bumbung, mihrab, ruang solat, seni khat, senibina keseluruhan)
Binaan masjid yang agak ketinggalan, banyak penyambungan telah dibuat menghilangkan seni keindahan sebuah masjid.
KEMUDAHAN
tempat wudhu, telekung, sejadah, ruang memasak, laluan orang kurang upaya, tandas awam, perpustakaan kecil.