MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

35800 SLIM RIVER, PERAK
PERAK
0813053
0135247520
24/06/2015

SEJARAH

-Masjid ini bermula pembinaan awal pada tahun 1963 dan tarikh siap pada tahun 1964 dan dirasmikan awal oleh oleh DYMM Sultan Idris Shah. Pada akhir tahun 2004, masjid ini telah uzur dan perlu diganti dengan yang baru. Pada tahun 2005, masjid ini telah menerima peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri melalui icu sebanyak RM3juta. -Pada Mei 2005, atas kelulusan dan kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, masjid ini telah diruntuh dan didirikan semula diatas tapak yang asas dan telah siap pada tahun 2006. Kapasiti masjid ini telah bertambah sehingga mencapai jumlah 1,200 orang jemaah. Oleh kerana diawal pembinaan masjid ini tidak terdapat sebarang menara, maka Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah meluluskan RM23,000 untuk pembinaan menara dan pembinaan prasarana yang lain di masjid ini. -Dari segi kemudahan masjid ini mempunyai kawasan yang luas dan berhampiran dengan jalan utama yang hanya lebih kurang 0.04 meter sahaja. Keadaan bangunan masih cantik cuma dari segi cat sahaja yang perlu cat semula keran nampak pudar dari pandangan, selain itu bangunan tandas telah pon dibina ditempat yang lain untuk lebih selesa dan luas.

BINAAN

KEMUDAHAN

1. ada mempunyai bazar perniagaan untuk keperluan orang ramai. 2. Mempunyai pakir yang luas dan banyak.

PETA