1. Asal Pembinaan Masjid Jamek Tanjung Malim ialah di Kampung Kubu( dikenali sebagai
Tanjung Jambu),Penempatan awal masyarakat Tanjung Malim(sekitar awal 1921 ).
2. Masjid ini begitu kecil untuk menampung jemaah yang semakin lama semakin bertambah
Ramai terutama datangnya warga Sultan Idris Training College,dan akhirnya pembinaan Masjid baru terpaksa didirikan ditapak yang sedia ada sekarang sekitar tahun 1926.dengan peruntukan sumbangan masyarakat setempat berjumlah RM 18,000.00.
3. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh DYMM.Paduka Sultan Iskandar Shah pada tahun
15 / Jun / 1926.
4. Plan bangunan ini telah direka cipta oleh kebanyakan nya terdiri daripada pelajar-pelajar
Sultan Idris Shah Training College /SITC.
5. Pada tahun 1960 Jawatankuasa Kariah Masjid dan penduduk tempatan telah memohon
Pembesaran Masjid kepada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
BINAAN
Arkitek Inggeris yang membina masjid ini dipercayai mendapat pengaruh daripada pembinaan masjid-masjid di India yang menggunakan kubah kecil dengan banyak. Bahagian awal masjid merupakan bahagian asas dewan solat dan sedikit bahagian pintu gerbang dengan satu ark utama dan dua ark kecil. Secara keseluruhan masjid ini seakan-akan gaya moor yang memperlihatkan menara berbentuk empat persegi dengan khutbah yang tidak terlalu besar.
Ragamhias dewan begitu sederhana dengan enam batang tiang roman sebagai penyokong struktur bangunan, tidak terdapat ruang-ruang kecil atau banyak tiang seri dengan ark seperti di masjid-masjid besar.
Tingkap-tingkap besar yang terdapat di sekeliling dewan ini mempunyai bentuk melengkung tiga perempat bulat dan di bahagian bawah empat persegi. Berkemungkinan tingkap-tingkap ini sesuai untuk membantu proses kemasukan cahaya ke dalam bahagian dewan masjid yang agak rendah. Seiring dengan kata-kata h.i qureshi bahawa kemasukan cahaya ke dalam bangunan lebih baik untuk pengudaraan dan tiang-tiang di dalam masjid digunakan untuk pantulan cahaya di dalamnya.
-Kemasukan cahaya begitu penting di dalam senibina islam dan ini diperlihatkan oleh senibina masjid ini di mana terdapat tingkap-tingkap kecil memenuhi bahagi atas dinding masjid ini.
-Bumbung masjid menampakkan ciri bumbung meru takuk tiga seperti yang juga terdapat pada Masjid Jamek Kg.Laut, Kelantan.
-Bagi Masjid Jamek Tanjung Malim, mihrabnya begitu ringkas di dalam bentuk empat persegi dengan sebuah tingkap di akhir sudut. Ia begitu berbeza jika dibandingkan dengan masjid-masjid moden yang mengadaptasi bentuk senibina masjid Sepanyol dan bani Uthmaniyyah yang menekankan rekaan dalaman dan hiasan kaligrafi.
-Mimbar Masjid Jamek Tanjung Malim mempunyai tangga mengadap makmum yang ditutup dengan karpet. Tangga dihiasi dengan kayu larik, begitu juga dengan bahagian pelantar kecil yang berkarpet serta bertiang larik, bahagian atas berbentuk separuh bulat dengan hiasan ukiran bunga tebuk terus. Bahagian atap pula dihiasi dengan motif pucuk rebung muda. Bahagian bumbung dipasang bentuk bulan dan bintang condong sedikit ke arah kiri. keseluruhan mimbar dibina menggunakan kayu.
Masjid ini mempunyai kubah berbentuk bawang yang tidak begitu besar jika dibandingkan dengan saiz bumbungnya . Kubah-kubah kecil seperti cendawan dibina di sekeliling bumbung masjid.
Menara dibina bersekali di atas bumbung di bahagian hujung tepi. Menara berbentuk segiempat menegak ini begitu ringkas dengan mempunyai kubah kecil berbentuk kudup bunga yang bersudut. tidak terdapat sebarang hiasan di bahagian menara dan tinggi menara hanya 5 kaki. Terdapat empat pembesar suara dipasang kepada menara untuk membantu menguatkan laungan azan. Bahagian dalamnya berbentuk kosong dengan dilengkapkan anak-anak tangga.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-pejabat masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-kedai perniagaan
-tandas awam
-perpustakaan