Hampir 20 tahun terbiar di kawasan tebing Sungai Perak di Kampung Gajah, dekat sini, struktur dan seni bina Masjid Kampung Teluk Memali, tetap utuh berdiri di sebalik usianya yang melebihi seabad.
Walaupun melalui proses pemuliharaan, kehebatan hasil seni Islam masjid berusia 108 tahun itu masih kekal terakam, sekali gus memperlihatkan perkembangan Islam yang pesat di bandar raya ini.
Melalui proses pemuliharaan, seni bina itu diberi nafas baharu dengan nama Masjid Teluk Memali Seri Bougainvillea dan ditempatkan di lokasi baharu di Bandar Seri Botani, di sini.
Proses baik pulih masjid dilakukan firma seni bina ATSA Architects, dengan kerjasama arkitek terkenal, Datuk Dr Baharuddin Abu Kassim, selain Politeknik Ungku Omar (PUO) dan jawatankuasa masjid.
BINAAN
Motif ukiran masjid memiliki pengaruh Sumatera, Belanda dan British, selain Asia Barat.Proses pemuliharaan menelan kos RM600,000 memberi nafas baru, namun struktur dan seni ukir lama tetap kekal untuk baikpulih
KEMUDAHAN
-TEMPAT WUDUK
-SEJADAH
-RUANG MAKAN
-PARKIR
-TANDAS AWAM
-KAWASAN RIADAH