MASJID AL - MAKMUR

KAMPUNG SUNGAI GALAH, 31800 TANJUNG TUALANG, PERAK
PERAK
0812149
012-5095602
14/05/1994

SEJARAH

Sebelum terbinanya Masjid al-Makmur, para penduduk di Kariah Sg.Galah menunaikan ibadah solat fardhu jumaat di sebuah madrasah yang terletak di kawasan Kg.Makmur, Sungai Galah. Pada awal tahun 1976, jawatankuasa penaja seramai 18 orang dibentuk untuk menyelaraskan proses pembinaan masjid kerana difikirkan amat perlu ekoran dari pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Jawatankuasa penaja telah memutuskan dalam mesyuaratnya bahawa setiap ahli jawatankuasa penaja dikenakan menderma sebanyak RM50 setiap rumah. Usaha untuk memperbanyakkan kewangan, kutipan terus dilakukan dengan cara mengedarkan borang derma, surat kepada jabatan, agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Penerimaan derma agak aktif apabila masjid mula sahaja di dalam proses pembinaan, jumlah kutipan derma yang diperolehi sehingga akhir pembinaan masjid adalah sebanyak RM56,594.38. Kesemua wang derma yang diterima telah digunakan untuk memperindahkan lagi beberapa bahagian masjid. Pada permulaan, tapak asal yang dicadangkan untuk pembinaan masjid ini ialah di kawasan berhampiran dengan kedudukan kawasan perumahan awam. Beberapa tahun kemudian, cadangan tapak tersebut telah disyorkan ke tapak yang baru iaitu di mana ianya masjid ini dibina sekarang. Tapak masjid ini pada permulaan adalah kawasan berpaya. Kos penambakan tapak telah diterima dari sumbangan perderma pribadi oleh seorang menteri dab dari sebuah syarikat kontraktor yang sedang melaksanakan pembinaan rumah kos rendah di lokasi ini pada ketika itu.

BINAAN

Struktur binaan keseluruhan batu, atap genting dan zink kilang, tiada menara yang khusus, kubah zink, senibina biasa, ruang solat karpet.

KEMUDAHAN

["5","14","15","16","18","19"]

PETA