MASJID IRSYADIAH

KAMPUNG BUKIT SAPI,33400 LENGGONG, PERAK
PERAK
0810031
017-5330047
12/08/1914

SEJARAH

MASJID IRSYADIAH MULA DIBINA PADA SEKITAR PADA TAHUN 1914 OLEH MASYARAKAT KAMPUNG BUKIT SAPI SECARA BERGOTONG ROYONG DENGAN MENGGUNAKAN KAYA DAN BAHAN-BAHAN DARIPADA HUTAN YANG MANA SEBAHAGIANNYA BERATAPKAN NIPAH BERDINDINGKAN BULUH. IANYA DIBINA DI ATAS SATU TAPAK TANAH WAKAF DITENGAH-TENGAH KG BUKIT SAPI. PEMBINAAN MASJID INI ADALAH DISEBABKAN OLEH PENGHIJRAHAN MASYARAKAT DARI SEKITAR KE KG BUKIT SAPI APABILA BERMULANYA PENANAMAN POKOK GETAH YANG TELAH DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN BRITISH PADA KETIKA ITU. PERANAN MASJID AMAT PENTING KEPADA MASYARAKAT. SELAIN DARIPADA TEMPAT BERIBADAT, MASJID JUGA MENJADI TEMPAT BERMESYUARAT, MAJLIS PENGAJIAN, PUSAT KEGIATAN MASYARAKAT, PENETAPAN TARIKH MULA TURUN KE SAWAH, TEMPAT HEBAHAN KEMATIAN, KENDURI-KENDARA DAN LAIN-LAIN LAGI.

BINAAN

Setelah terbinanya masjid tersebut, pembaharuan demi pembaharuan telah dilakukan oleh semua kepimpinan di kampung. Daripada atap nipah, telah ditukarkan kepada zink, asbastos dan yang terkini akodek. begitulah juga dengan dinding, daripada buluh ditukarkan kepada anyaman bertam, kemudian kepada papan dan terkini telah bertukar kepada batu. begitulah juga dengan lantai, tingkap dan sebagainya. Dari segi kemudahan infrastrukturnya juga terdapat penambahbaikan iaitu daripada berlampukan minyak tabah ditukar kepada gasoline, ditukar kepada generator, setelah kemasukan elektrik barulah lampu kalimantan digunakan. begitulah juga dengan kipas dan terkini telah menggunakan pendingin hawa.

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -ruang memasak -ruang makan -parkir -tandas awam

PETA