sebelum masjid ini dibina ahli kariah berjemaah waktu jumaat di surau Kampung Lata Papan Kuak. Sekitar tahun 1950, ahli kariah merancang untuk membina masjid dan menubuhkan ajk pembinaan masjid. Tindakan awal ialah membuat kutipan sumbangan dari ahli kariah dan mendapatkan tapak yang sesuai yang telah diwakafkan oleh ahli kariah dan telah digazetkan. Mula dibina pada tahun 1954 dengan mendirikan tiang secara bergotong royong. Kerja-kerja lain dilakukan oleh kontrak.
BINAAN
Binaan asal adalah dari kayu dan separuh bata. berkubah .bumbung daripada bata dan mempunyai mihrab. luas ruang solat utama adalah 40'x40'. cermin biasa dan tiada seni khat. Senibina gabungan cara lama dan baru dan mempunyai menara azan.
KEMUDAHAN
-tempat wudhu
-telekung
-sejadah
-bilik pegawai masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-tandas awam
-kawasan riadah