Masjid Kampung Lengkuas yang mana pada asalnya dibina pada tahun 1905, iaitu beberapa ketika selepas penerokaan kampung oleh kumpulan suku kaum Keranchi, Mendaling , Kampar, Minangkanau dan Rawa yang berasal dari Sumatera. Mereka bergabung dengan penduduk sekitar yang berada dipinggir kampung membuka hutan berlantara yang dijadikan kawasan penempatan dan seterusnya membina masjid dikawasan lembah yang kini dikenali sebagai Kampung Lengkuas.
Nama pengasas kampung dan masjid yang masih diingati ialah seperti Tuan Haji Ahmad Bin Imam Raja dan Haji Kari dari suku kamum Kerinchi, nama yang terlibat dalam penerokaan kampung ialah Engku Papan (Raja Bilah Dan nad kuning) menurut sejarahnya, tanah untuk kawasan masjid ini adalah kepunyaan Tuan Haji Mohd Taib Yang telah diwakafkan secara lisan. Beliau juga mewakafkan tanahnya untuk kawasan perkuburan di kampung ini. Masjid ini dibina secara bergotong- royong oleh penduduk ketika itu, yang mana dibina dan di gelar Masjid Tiang Tinggi.
Pada akhir tahun 1968, masjid bangunan kayu telah pun diganti dengan masjid baru. Bangunan masjid dibina ditapak yang sama meenggunakan peruntukkan Kerajaan Negeri Perak pada masa itu. Anggaran kos adalah sebanyak RM80,000.00. Masjid ini tidak lagi berbentuk tiang lantai kayu asalnya kerja pembinaan dilaksanakan oleh kontraktor dibawah kerajaan negeri. Kawasan kolam yang berhampiran masjid di tambak rata, tiada kemudahan bekalan air dan elektrik di masjid berkenaan sehingga bulan Jun Tahun 1984. Kerajaan bersama SIRIM ada menyediakan sistem Solar untuk bekalan elektrik kos yang dianggarkan sebanyak RM 8,000.00.
Masjid Kampung Lengkuas kerja ubah suai berlaku pada tahun 1996 dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membesarkan ruang solat bagi menampung para jemaah. Namun,jumlah jemaah di masjid ini semakin berkurangan akibat penghijrahan penduduk ke kota dan mengalami masalah jemaah yang kurang 40 orang. Pada 9.6.2016 sohibus somohah Mufti perka melalui surat M.NPk.A351.IST/05/09Jld6(22) bertarikh 10.06.2016 memberikan keringanan untuk membenarkan solat jumaat agar boleh didirikan dengan bilangan jemaah yang tidak kurang dari 12 orang.
BINAAN
-binaan daripada batu bata.
-masjid masih tiada kubah untuk menandakannya sebagai masjid.
-mempunyai menara setinggi 50 kaki atap zink.
-ruang tambahan untuk jamuan dan moreh
KEMUDAHAN
Tandas Lelaki dan Wanita
tempat whuduk lelaki dan perempuan
ruangan makan jamuan dan moreh.