MULA DIBINA PADA TAHUN 1993 BAGI MENGGANTIKAN SURAU SEMENTARA YANG MENJADIKAN RUMAH CONTOH YANG TELAH DIUBAHSUAI DENGAN KELUASAN 400 KAKI PERSEGI. MASJID DIBINA SECARA GOTOPNG ROYONG HASIL DARI DERMA PENDUDUK SEBANYAK RM35,000.
SEKITAR PERTENGAHAN TAHUN 1887, PENEMPATAN BAHARU YANG DIBERI NAMA RPA GELONG PEPUYU TELAH MULA DIDIAMI OLEH BEBERAPA PULUH KELUARGA. DI ATAS INISIATIF PENDUDUK BERJUMPA DENGAN PIHAK PEJABAT DAERAH, MEREKA TELAH MENGUBAHSUAI BANGUNAN RUMAH CONTOH YANG TERLETAK Dl PERSIMPANGAN JALAN MASUK UTAMA UNTUK DIJADIKAN SEBUAH SURAU SEMENTARA.
AKIBAT PERTAMBAHAN BILANGAN PENDUDUK , SATU JAWATANKUASA PENAJA PENDUDUK TELAH DITUBUHKAN DI DALAM PERUMAHAN INI BAGI MENANGANI SEBARANG MASALAH SERTA KEBAJIKAN PENDUDUK. JAWATANKUASA PENAJA PENDUDUK INI JUGA TELAH MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PIHAK PEJABAT DAERAH PERAK TENGAH UNTUK MEMOHON KEBENARAN MEMBINA SEBUAH SURAU Dl SATU KAWASAN KOSONG Dl PERUMAHAN INI SECARA GOTONG-ROYONG MENGGUNAKAN DANA YANG DISUMBANGKAN OLEH PARA PENDUDUK.
MAKA PADA TAHUN 1993, BERMULALAH KERJA MEMBINA SURAU SECARA GOTONG-ROYONG MELIBATKAN PENDUDUK TEMPATAN.
SURAU TERSEBUT SIAP DIBINA DAN BOLEH DIGUNAKAN PADA AKHIR TAHUN 1993 DAN DIBERI NAMA SURAU TAUFIQIAH RPA GELONG PEPUYU
PADA BULAN NOVEMBER TAHUN 1993, PIHAK JAWATANKUASA SURAU TELAH MEMOHON DARIPADA JAIPK UNTUK MENUKAR STATUS SURAU KEPADA MASJID DAN LAYAK MENDIRIKAN SEMBAHYANG JUMAAT. INI KERANA MASJID YANG PALING HAMPIR DENGAN KAWASAN PERUMAHAN INI TERLETAK DI KAMPUNG CHANGKAT CERMIN DALAM DAERAH MANJUNG YANG MANA JARAKNYA LEBIH KURANG 3 KM.
AKHIRNYA PERMOHONAN TERSEBUT DILULUSKAN DAN PADA 28 JANUARI 1994 IANYA BERSTUKAR STATUS DARIPADA SURAU KEPADA MASJID DAN SOLAT JUMMAT KALI PERTAMA DIDIRIKAN PADA TARIKH TERSEBUT SETELAH IANYA DIRASMIKAN OLEH AHLI MAJLIS FATWA NEGERI PERAK.
SEPANJANG KEWUJUDAN MASJID TERSEBUT, |A TELAH MENERIMA BANTUAN KEWANGAN DARIPADA PIHAK PEJABAT DAERAH BAGI TUJUAN MENAIKTARAF DAN MEMBINA PAGAR
URA-URA PIHAK PEJABAT DAERAH HENDAK MEMBINA SEBUAH BANGUNAN MASJID DI TAPAK YANG TELAH DIGAZETKAN DI RPT GELONG PEPUYU MENYEBABKAN JAWATANKUASA MASJID TELAH BERBINCANG DENGAN PIHAK PEJABAT DAERAH SUPAYA PERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA MASJID BARU ITU DIBAWA KE RPA GELONG PEPUYU DAN HASRAT MEREKA BERJAYA.
SATU JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID BARU TELAH DITUBUHKAN DIANGGOTAI OLEH BEBERAPA ORANG AHLI JAWATANKUASA KARIAH.
DALAM BULAN APRIL 2008, BERMULALAH KERJA-KERJA MENDIRIKAN BANGUNAN MASJID BAHARU
BINAAN
binaan dari batu bata
simen konkrit
kubah besar berwarna kuning.
KEMUDAHAN
MIMBAR
BILIK IMAM, BILIK MESYUARAT , BILIK AZAN
TANDAS DILENGKAPI KOLAH MENGAMBIL WUDUK GARAJ BERBUMBUNG DAN PAKIR TERBUKA UNTUK KERETA GARAJ BERBUMBUNG UNTUK MOTOSIKAL
BALAI LINTANG
DEWAN MAKAN
BILIK AKTIVITI MUSLIMAT
RUANG KULIAH
PERPUSTAKAAN MINI
BILIK MANDI JENAZAH
BILIK PENGURUSAN JENAZAH