MASJID TAUFIQIAH

KAMPUNG TELUK PERANG 32800 PARIT PERAK
PERAK
0809144
0125513819
11/06/1958

SEJARAH

- Pada awal kewujudan masjid ialah dari papan dan zink. Tetapi telah mendapat peruntukan negeri sekitar tahun 1960an dengan peruntukan RM25,000. Masjid telah dibina oleh kontraktor cina. Tapak masjid telah diwakafkan oleh Yeop Ahmad B Mat Tin. Masjid mendapat kemudahan api elektrik dan air sekitar tahun 1980an. Masjid telah mengubahsuai mengikut keperluan jemaah dari masa ke semasa.

BINAAN

- Masjid dibina dari bahan batu-bata, simen, pintu dan tingkap dari kayu dan telah ditukar dengan tingkap aluminium cermin, karpet biru, atap asal asbestos dan kini atap zink kilang. Binaan bercirikan model sekitar tahun 70an dan telah melalui pengubahsuaian dari masa kesemasa. Tandas juga telah dibina baru bagi lelaki dan perempuan. Stor menyimpan peralatan pinggan mangkuk dan alat-alat lain. Masjid ini mempunyai kubah kubah kecil dari batu plaster. Ruang mihrab telah dibesarkan dan terdapat bilik pegawai bertugas, ruang solat terbahagi dua bahagian lelaki dan perempuan. Masjid juga telah bertambah dengan awning untuk kawasan makan dan rehat.

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -kerusi orang kurang uapaya

PETA