MASJID RAUDHATUL JANNAH

KG. TELUK MANIS LAYANG - LAYANG KIRI, 32800 PARIT , PERAK
PERAK
0809141
019 5119278
19/02/1974

SEJARAH

Masjid Roudhatul Jannah didirikan oleh Kerajaan pada tahun 1974 bagi menggantikan Masjid Ahmadiah yang telah hampir roboh di tepi Sungai Perak, yang tapaknya berhampiran tebing Sungai Perak. Sebidang tanah telah diwakafkan oleh Tuan Hj Mohd Yaakub B Md Jasin dan Alang Mat Ali yang luasnya kira-kira 1/2 ekar, tereltak berhampiran jalan raya bagi tujuan membina masjid ini. Jawankuasa kerjanya terdiri daripada: i. Tum Haji Zunuddin bin Haji Baharin ii. Tuan Haji Din bin Shamsuddin iii. Tuan Haji Mohd Yusof bin Haji Abdullah iv. Tuan Syed Mohd Muster bin Syed Hashim dan lain-lain lagi Telah menemui Perdana Menteri di Kuala Lumpur dan mendapat kelulusan peruntukan RM50,000. Dengan keluasan tapak bangunan 54'x44' dan sebuah dewan seluas 44'x20'. Nama Masjid Roudhatul Jannah diberi oleh Ustaz Osman bin ltam Karib dan dirasrmikan oleh Sultan Perak. DYMM Sultan Idris Shah pada 25 September 1981. DYMM pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah telah sudi menghadiri majlis berbuka puasa pada 26 mac 1992 bersamaan 22 Ramadhan 1412. Keadaan Fizikal bangunan masjid ini telah diubahsuai dengan menyambungkan dewan dengan ruang masjid (solat) dan telah dibinakan anjung seluas 30'x25' dan dom tembaga dengan bantuan PLB Baitulmal dan derma orang ramai.

BINAAN

Keadaan Fizikal bangunan masjid ini telah diubahsuai dengan menyambungkan dewan dengan ruang masjid (solat) dan telah dibinakan anjung seluas 30'x25' dan dom tembaga dengan bantuan PLB Baitulmal dan derma orang ramai.

KEMUDAHAN

1. Dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya. 2. Tandas Lelaki dan Perempuan 3. Bilik Mandi 4. Tempat whudu' Lelaki Perempuan.

PETA