MASJID QARIAH KG AIR MATI

KG AIR MATI 32600 BOTA, PERAK
PERAK
0809139
012 5770469
20/02/1996

SEJARAH

Masjid asal di Bota Kiri terletak ditepi sungai dan pemunggahan kayu-kayu masjid telah dilaksanakan secara bergotong royong oleh orang-orang kampung serta kariah masjid Bota Kiri dan pihak Kampung Air Mati. Setelah disiapkan rakit yang besar maka di isilah semua ramuan kayu-kayan masjid ke atas rakit untuk dibawa menghilir sungai perak. Setelah semuanya siap berlaku kejadian yang aneh iaitu rakit yang dipenuhi dengan kayu kayan tadi tidak mahu menghilir, bahkan berpusing-pusing sahaja dan didapati rakit berkenaan yang tadi kelihatan elok sahaja telah tenggelam paras lantai rakit. Keadaan ini mencemaskan anakanak kariah dikedua-dua kampung. Sepatutnya tiada masalah kerana air sungai ketika itu amat deras dan laju serta keadaan rakit yang amat selesa, "tiadakah barang-barang masjid yang utama ditinggalkan disini soal imam” anak kariah menjawab hanya tinggal tempayan "Bedene" sahaja imam, rasanya perlu ke kita bawa bersama tempayan ini !!! marilahlah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah supaya kerja-kerja kita pada hari ini dimudahkanNya. Oleh itu bawalah apa sahaja semua barang-barang masjid ini kedalam rakit termasuklah tempayan bedene tadi, sahut imam dengan nada suara yang lembut. Masjid ini pada asalnya dibina dari kayu yang dipindahkan dari Masjid Bota Kiri ke Kampong Air Mati, masjid ini mempunyai empat batang tiang utama yang dibuat dari teras kayu nangka. Teras ini dibuat semasa Masjid berkenaan mula dibina di Bota Kiri, orang yang membina tiang teras kayu nangka ini menebang dan memotongnya sendiri serta menyiapkannya khas untuk masjid ini. Tidak diketahui bila masjid ini dibina atau dipindahkan ke Kampong Air Mati, kemungkinan semasa kerajaan Perak di perintah oleh Sultan Perak yang ke 10 iaitu dibawah Sultan Muzaffar Shah 2. Jaraknya Masjid ini dengan makam Sultan Muzaffar Shah 2 adalah kira-kira 250 meter dari masjid ini. [10:42 PG, 11/3/2020] muazsakinah: Kerantong-Beduk (Nakuih) Pihak Jawatankuasa Masjid Air Mati ini masih mengekalkan kehadiran Tempayan di sekitar kawasan tangga masjid dan kaki |imanya. Walau pun tiada lagi kehadiran Bedene tapi kehadiran tempayan-tempayan berkenaan adalah bagi mewujudkan ingatan kepada suatu masa dahulu bahawa Masjid Air Mati ini pernah mempunyai Tempayan Bedene yang cantik serta besar untuk menampung semua jemaah mengambil wuduk bagi menunaikan sembahyang waktu di Masjid Air Mati ini. [10:43 PG, 11/3/2020] muazsakinah: Setelah tempayan "Bedene" tadi dinaikan diatas rakit dengan tak semena-mena rakit yang tenggelam paras lantai terus ternaik sebagaimana keadaan asal serta meluncur laju menghilir sebagaimana yang dirancang oleh semua anak-anak kariah. Setelah pemunggahan kayu kayan kedaratan di Kampong Air Mati selesai bermulalah kerja-kerja gotong royong memasang kembali Masjid di tempat baru. Dan setelah siap sepenuhnya kelihatan Tersergam indahlah Masjid ditempat baru iaitu di Kampong Air Mati. 1. masjid asal dibina secara gotongroyong 2. kemudian diwakaf kepada maipk untuk membina bangunan baru peruntukan kerajaan persekutuan RM300,000.00 3. diberi nama masjid kariah, kg air mati, bota

BINAAN

1. bercirikan binaan tradisi melayu 2. masjid satu tingkat bangunan batu

KEMUDAHAN

1. dlengkapkan dengan penghawa dngin 2. memiliki sebuah van jenazah

PETA