MASJID JAMEK BOTA KANAN

32600 BOTA, PERAK
PERAK
0809135
0195741984
053761022
04/06/1975

SEJARAH

Bota pernah menjadi ibu negeri yang pertama di Negeri Perak Darul Ridzuan apabila Sultan Muzaffar Shah ll Putera kepada Sultan Mahmud Shah daripada kesultanan melayu Melaka mengasaskan Kerajaan Perak. Nama asal Bota ialah Brahman Indera. Kedudukannya yang hampir dengan sungai Perak memungkinkan terdirinya pusat pentadbiran pertama di sini. Bota menerima arus perubahan terutamanya pertembungan berlakunya dengan Acheh berdasarkan batu nisan yang ada di Bota abad ke 18. Pekan bota terus berkembang dengan pertambahan penduduk dan penduduk kariah yang memerlukan sebuah Masjid yang menjadi pusat ibadah yang penting di pekan ini. Selepas merdeka pihak kerajaan memenuhi keperluan penduduk kariah untuk membina sebuah masjid. Masjid Jamek Bota Kanan (MJBK) telah dibina pada tahun 1962. MJBK Telah Di Rasmikan Pada Tahun 1966 Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Pada Ketika Itu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein. Pengerusi MJBK Pertama ialah Tuan Haji Mat Harun Bin Kulop Seman. 1. masjid asal di bota kanan ialah dimasjid lama diatas tapak wakaf bersendirian kira 1 km dari masjid baru 2. masjid jamek juga atas waqaf bersendirian hj harun dan diwaqaf kepada maipk seluar 1 ekar

BINAAN

1. pembinaan bercirikan islam dan tradisional melayu keseluruhan nya batu

KEMUDAHAN

1. dilengkapkan dengan penghawa dingin sepenuhnya 2. memiliki sebuah van jenazah

PETA