Mula diasaskan pada tahun 1920 oleh seorang Tuan Guru darpada keturunan Syed Jamalullail al-Khas.
Bangunan pertama diletak di tepi sungai Perak adalah sebuah bangunan kayu, hasil daripada gotong royong penduduk kampung. Cukup sekadar menampung sebilangn kecil penduduk pada masa itu untuk menunaikan solat jumaat diketuai oleh Tn, Guru Allahyarham Tn. Habib Shamsuddin Bin Syed Alwi.
Pertambahan Penduduk kampung dalam tempoh 30 tahun kemudian menjadikan Masjid ini tidak tidak lagi sesuai dan memerlukan sebuah bangunan baru yang lebih besar. Untuk merialisasikan maksud tersebut penduduk kampung ini dan juga seluruh kaum muslimin dan muslimat dalam Mukim Bota berjaya mengumpulkan wang derma mencukupi bagi tujuan membina bangunan baru masjid ini dan siap pembinaan pada tahun 1954 kemudian diberikan nama Masjid Fadzlullah.
Kedudukan Semasa :
Reka bentuk masjid ini tidak sesuai apabila sebuah kubah konkrit seberta 30 tan tidak mampu di tamping oleh sebahagian atas bangunan Masjid kini hampir 60 tahun.
Akibatnya bumbung konkrit pecah dan bocor. Kos sebanyak RM30,000.00 untuk tujuan baik pulih tidak berbaloi apabila bocor kembali dalam tempoh sebulan kemudian.
Jawatankuasa kariah masjid dengan kerjasama JKKK Kampung Telok Kepayang telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM 3,500.00 kepada perdana menteri Malaysia pada 28 Ogos 2010 bertujuan membina bangunan baru, jurutera Daerah Pejabat JKR Perak Tengah telah mengeluarkan Laporan Pemeriksaan kecacatan /keselamatan masjid bertarikh 29 Januari 2010.
Pada awal tahun 2011, peruntukan telah pun turun untuk pembinaan tetapi pada Mac 2011 Masjid Ar Rahmaniah kampung Pandang Changkat telah terbakar dan peruntukan itu telah di dahulukan untuk pembinaan masjid Ar rahmaniah Kampung Padang Changkat.
Pada tahun 2013, baru peruntukan masjid Fadzlullah ini turun dan pembinaan masjid ini mula dibina dan telah siap dibina pada tahun 2015 dan telah memuatkan lebih 400 jemaah dalam satu masa.
BINAAN
1. bercirikan binaan tradisional melayu
2. hampir keseluruhan bangunan batu
KEMUDAHAN
1. ada kereta pengurusan jenazah
2. pentas untuk program hari kebesaran dll
3. TEMPAT WUDHU
4. TELEKUNG
5. SEJADAH
6. RUANG MAKAN
7. RUANG MEMASAK
8. PARKING
9. TANDAS AWAM
10.Masjid Lama berseblahan masjid baru digunakan untuk kuliah ilmu.