MASJID EHSANIAH

KAMPUNG SERAPOH, 32800 PARIT , PERAK
PERAK
0809130
012 5213346
04/08/1972

SEJARAH

Pada peringkat awalnya iaitu dalam tahun 1921, kampung ini mula diteroka dan hanya ada beberapa buah rumah yang didirikan. pada ketika itu pendudak akan pergi ke masjid kampung simpang tiga yang teletak lebih kurang 2KM dari kampung ini untuk menunaikan solat jumaat atau solat fardhu. pada tahun 1946, penduduk telah bermuafakat mendirikan madrasah (Surau) secara bergotong royong dengan membuat kutipan wang setiap hari jumaat. wang yang dapat dikumpulkan pada ketika itu sebanyak RM1,500.00 dan sejumlah wang tersebut dibina madrasah di atas tanak milik Tok Husain yang diwakafkan. pada tahun 1948 apabila jumlah penduduk makin bertambah Allahyarham Tuan Haji Parmin (Mantan Ketua Kampung/imam) Pada ketika iu telah menemui Doto Besar Orang Jajahan Parit Memohon persetujuan supaya madrasah ini dapat di naik taraf sebagai masjid untuk mendirikan solat jumaat. selepas mencapai merdeka pada tahun 1972, barulah kampung ini mendapat masjid baru dengan anggaran kos sebanyak RM7,000.00 dan dalam tahun 2002, masjid ini telah dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM78,000.00. selai itu mendapat peruntukan tambahan untuk membina balai rintang RM 30,000.00 dan tandas berjumlah RM40,000.00. Pada tahun 2008, pihak ajk telah mengeluarkan kewangan masjid sebanyak RM5,000.00 untuk membaik pulih stor dan memasang awning, tahun 2012 mendapat peruntukan RM1,000,000.00 untuk menbina dean makan dan pagar. Keseluruhan jumlah kos pembinaan masjid ehsaniah adalah berjumlah RM261,500.00. Masjid Ehsaniah ini mampu memuatkan sejumlah 200 jemaah dalam satu masa. 1. Dibina pada awal tahun 60 an ditapak wakaf perseorangan keseluhuran bangunan kayu. 2. Pada tahun 2003 menerima peruntukkan dari plb rm 350,000.00 dan dirasmikan oleh OBJ perak tengah pada tahun 2004.

BINAAN

1. berkonsepkan binaan tradisi melayu 2. bengunan keseluruhannya dengan mkompunan batu

KEMUDAHAN

1. ada balai lintang 2. kereta jenazah

PETA