MASJID BARU KG. KUCHAI

32900 LAMBOR KIRI, PERAK
PERAK
0809129
0175099648
11/06/1991

SEJARAH

-Masjid Kg.Kuchai yang awal dari bangunan kayu siap dibina dan digunakan pada tahun 1953. Diberi nama Masjid Khairiah sempena nama Dato Penghulu Khairi ( penghulu mukim Lambor ketika itu) yang merasmikan pembukaan dan penggunana masjid itu. Masjid itu dibina hasil kutipan derma atau khairat dari penduduk kampung dan derma orang ramai. Tapak bangunan diwakafkan oleh Tuan Lebai Maarof(guru agama bertauliah). Bangunan itu digunakan sehingga kini namun begitu pada taun 1984 dalam mesyuarat agung masjid itu telah diusulkan oleh Tuan Haji Ahmad Bin Ibrahim untuk membina sebuah masjid yang baharu menggantikan bangunan yang tua itu. usul beliau mendapat sokongan dari ahli jemaah lain secara sebulat suara. - Memandangkan usul sebulat suara, maka ahli jawatankuasa yang terlantik pada tahun itu, telah bermesyuarat dan memutuskan merekalah yang menjadi ahli jawatankuasa pembinaan masjid baharu itu bagi melaksanakan usul tersebut. sejak dari itu mereka telah mengambil tindakan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (bahagian masjid) mengenai pembinaan masjid baharu disamping memohon kebenaran memungut wang derma bagi tujuan pembinaan dari ahli Kariah mahupun dari luar. Kedua wakil rakyat ahli dewan undangan negeri kawasan bota dan ahli parlimen bahagian parit juga dimaklum dan dipohonkan peruntukan untuk tujuan tersebut. Disamping itu penghulu mukim pun dimaklumkan disamping memaklumkan kepada jabatan-jabatan lain. -ahli parlimen ketika itu Yang Berhormat Hj Nasaruddin B Hj Alang Saidin telah memanjangkan usul ini dan peruntukkan sebanyak RM365,000 telah diluluskan. Dato Hj Ahmad Hambal B Hj Y, majlis adun ketika itu cuba mendapatkan peruntukan kerajaan negeri. atas nasihat Yang Berhormat Tuan Hj Nasaruddin B Hj Alang Saidin meminta pihak ahli jawatankuasa pembinaan mencari tapak pebinaan yang berhampiran jalanraya utama. dalam pencarian maka akhirnya dapatlah tapak yang bersesuaian tanah kepunyaan puan Hajjah Zainab Bt Hj Ismail. Beliau bersedia mewakafkan satu lot tanahnya (lot 2545) yang seluas satu ekar yang menghadap ke kiblat itu. - Pada tahun 1990, dengan peruntukan yang telah diluluskan, pihak Jabatan Kerja Raya telah melawat tapak dan iklan tender pembinaan telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Pada bulan Mei tahun 1991, pembinaan masjid dimulakan oleh penender/ syarikat pembina. Ahli jawatankuasa pembinaan berjaya mengumpulkan sejumlah wang RM26,000 derma dari penduduk tempatan dan pelbagai pihak lain bagi dicampurkan dalam pembinaan itu. Wang itu telah dibinakan lantai terazo masjid, jubin membalut tiang asas dan dinding dlam masjid dan grill disekitar luar kolah. Lantai asal simen biasa dengan wang pungutan itu diubahkan agar tidak berwap bila karpet digunakan. Pada Mei 1992, bangunan telah siap dibina dan bercat. lantainya dilapik dengan karpet oleh pihak pembekal dengan peruntukan berbaki.

BINAAN

1, CIRI BINAAN ISLAM DAN TRADISIONAL MELAYU DAN SEBUAH BATU BATU

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -ruang makan -ruang memasak -pondok sembelihan/qurban -ruang parkir -tandas awam -kawasan riadah

PETA