MASJID AR - RAHMAH

KAMPUNG EKOR, BOTA KIRI, 32600 BOTA PERAK
PERAK
0809125
0125075624
30/11/-0001

SEJARAH

TAPAK ASAL ATAS WAKAF ORANG BERSEORANGAN YANG WUJUD DALAMNYA INSTITUSI SEKOLAH RAKYAT, DEWAN ORANG RAMAI DAN TANAH PERKUBURAN. BANGUNAN SEKARANG DIBINA DENGAN PERUNTUKAN PERSEKUTUAN SEBANYAK RM450,000.00. BANGUNAN MASJID AR RAHMAH YANG LAMA TELAH DIUBAH SUAI PADA TAHUN 1994 DENGAN PERUNTUKAN DARI KERAJAAN NEGERI. BANGUNAN BARU BERASASKAN BATU BATA DENGAN TAMBAHAN KELUASAN RUANG MASJID Dl BAHAGIAN HADAPAN DAN KANAN. KEMUDIAN SEKITAR TAHUN 2000 BAHAGIAN KIRI PULA DITAMBAH DENGAN PERUNTUKAN DARI WAKAF ANAK KARIAH. BUMBUNG TELAH DITUKAR KEPADA ATAP GENTING. KINI KELUASAN KESELURUHANNYA 60 X 80 KAKI PERSEGI. DILENGKAPI DENGAN SEBUAH BILIK BERUKURAN 10 X 10 KAKI PERSEGI. SEKARANG MASJID INI MAMPU MENAMPUNG LEBIH KURANG 400 JEMAAH DALAM SATU MASA MELALUI PERUNTUKAN KERAJAAN BANGUNAN INI TELAH DICAT DARI MASA KE SEMASA SUPAYA SENTIASA KELIHATAN CANTIK DAN BERSIH. KAWASAN LAMAN TELAH DITURAP DAN KELIHATAN KEMAS SUPAYA KAWASAN PARKIR LEBIH BANYAK DAPAT DISEDIAKAN. SEKITAR TAHUN LIMA PULUHAN, PERJALANAN MELALUI SUNGAI ADALAH JALAN UTAMA PENDUDUK KAMPUNG INI MAKA SURAU-SURAU YANG MENJADI PERHENTIAN SEMENTARA DIBINA DITEBING SUNGAI PERAK SALAH SATU SURAU BESAR DIPEKAN PENAMBANG (BOTA KIRI) TELAH DIJADIKAN SURAU PERTAMA MENDIRIKAN JUMAAT TETAPI OLEH KERANA SESUATU SEBAB MAKA SURAU INI TELAH DIPINDAHKAN KE KG.AYER MATI. KEMUDIAN SATU SURAU BESAR DIBINA PULA DI TEBING SUNGAI PERAK Dl KG.SERIKAYA SEBAGAI GANTI (BINAAN TAPAK SURAU INI MASIH ADA HINGGA SEKARANG). SELANG BEBERAPA TAHUN BARULAH MASJID YANG ADA SEKARANG INI DIBINA ATAS USAHA GIGIH PENDUDUK KAMPUNG DAN DENGAN BANTUANPIHAK BERKENAAN MASJID LAMA INI DIBINA PADA SEKITAR TAHUN 1950 DIBINA DIATAS SEBIDANG TANAH YANG DIWAKAFKAN OLEH SEORANG DERMAWAN ( ANAK KARIAH KAMPUNG INI) DIRASMIKAN OLEH DYYM SULTAN YUSUF IZUDDIN SHAH PADA TAHUN 1953 KELUASAN MASJID. 40 x 60 KAKI PERSEGI KELUASAN TANAH & EKAR TERMASUK TANAH PERKUBURAN. STATUS TANAH WAKAF BENTUK BINAAN BERCIRIKAN BENTUK MASJID ACEH BANGUNAN DARIPADA KAYU YANG TERPILIH SAPERTI CENGAL DAN MERANTI PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN DARI DERMA ANAK KARIAH DAN KERAJAAN CARA PEMBINAAN' MELALUI UPAH TUKANG-TUKANG MAHIR DAN BANTUAN GOTONG ROYONG ANAK KARIAH

BINAAN

1. BANGUNAN BERCIRIKAN TRADISIONAL MELAYU 2. TERDAPAT TEMPAT LETAK KERETA, MOTOSIKAL DAN BASIKAL YG SELESA

KEMUDAHAN

1. ADA BALAI LINTANG DAN DEWAN ORANG RAMAI DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT 2. KERETA JENAZAH SUMBANGAN ORANGRAMAI 3. SEBUAH VAN KEGUNAAN JAMAAH

PETA