MASJID AL MUHAJIRIN

FELCRA NASARUDDIN BELIA, 32600 BOTA, PERAK
PERAK
0809124
019 5082995
30/11/-0001

SEJARAH

FELCRA Berhad telah siap sedia membina sebuah surau untuk menampung kemasukan peserta Belia peringkat 2,3,dan 4 seramai 183 orang pada 15hb Ogos 1981. Surau ini di bina berhampiran asrama peserta peringkat 2,3,dan 4 bagi kemudahan peserta mendirikan solat lima waktu dan aktiviti keagamaan. . Ahli JawatanKuasa Rancangan dan FELCRA Berhad bersetuju melantik En. Jaafar Bin Desa sebagai Imam pertama mengetuai peserta mengadakan aktivti keagamaan. . Peserta peringkat 1 juga mula berpindah ke rumah perkampungan FELCRA Nasaruddim (Belia) maka semakin bertambah bilangan penduduk FELCRA Nasaruddin (Belia) pada waktu itu. Pengurusan FELCRA Nasaruddin (Belia) mengambil insiatif bagi melancarkan perjalanan pengurusan surau. Lantikan Ahli JawatanKuasa Rancangan bersetuju melantik Pengerusi Surau kepada En. Hamdan Bin Mohd Fauzi beserta Ahli JawatanKuasa. Pengurusan FELCRA Berhad berusaha memohon supaya surau ini dibenarkan mendirikan solat jumaat melalui Jabatan Agama Islam Perak. . Peserta peringkat 2,3, dan 4 serta peringkat 1 terpaksa mendirikan solat jumaat ke Masjid Bota Kanan yang jauhnya hampir 15km setiap minggu. Sebelum masjid ini siap sepenuhnya, berlakunya musibah menimpa perkampungan FELCRA Nasaruddin Belia. Angin ribut yang sangat kuat menyebabkan banyak kerosakan di setiap rumah kediaman Ahli Qariah dan tidak terkecuali juga Masjid AI-Muhajirin. Bahagian Kubah masjid sedikit teralih dari tempat asal, bumbung hadapan masjid tersingkap keluar beserta syiling luar kawasan masjid. FELCRA Berhad mengambil insiatif segera untuk membaikpulih semula dengan anggaran kos RM 200,000.00 bagi menyiapkan masjid ini mengikut jadual. Sesiapnya masjid ini Ahli Qariah terus berpindah ke Masjid AL-Muhajirin yang baru, kerana masjid lama juga rosak teruk di landa ribut yang sama. Maka bermulalah Ahli Qariah mendirikan solat 5 waktu dan mendirikan solat jumaat pada september 2008. Pada tahun 1983 kelulusan mendirikan solat jumaat telah diluluskan dan surau ini di tukar kepada nama masjid iaitu Masjid Al-Muhajirin. Aktiviti masjid semakin bertambah dengan majlis ilmu dan solat jamaah setiap waktu. Pada tahun 2006 Ahli JawatanKuasa Kemajuan Rancangan mohon supaya membina sebuah masjid baru yang lebih besar dan ditempatkan di tapak yang lebih strategik, bagi kemudahan ahli qariah juga tetamu yang hadir diperkampungan ini. Pada tahun 2007 bermulalah pembinaan masjid baru yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun Ahli JawatanKuasa masjid mengambil insiatif mengumpul dana tambahan bagi mengumpul dana tambahan bagi menampung kekurangan dan tambahan melalui kutipan infak binaan masjid baru. Masjid tersebut disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak Yang Berbahagia Tuan Haji Zamri Hashim.

BINAAN

1. bangunan bercirikan rekaan islam dan tardisional melayu

KEMUDAHAN

Masjid ini boleh memuatkan 600 orang ahli jamaah sekiranya ruang koridor kiri, kanan dan belakang digunakan. Kemudahan tandas jamaah Ielaki, perempuan juga OKU turut disediakan beserta Ialulan naik ke ruang masjid. Bilik Stor dan Bilik mandian jenazah juga siap di bina. Dewan masak dan dewan makan untuk kemudahan jamuan Ahli Qariah. Pondok meletak kereta dan motosikal juga disediakan. Masjid mempunyai dataran lapang untuk kemudahan aktiviti setempat. Hiasan pokok-pokok bunga dan pokok renek di tanam sebagai penyeri.

PETA