-Masjid asal kampung ini telah didirikan di penempatan penduduk di tepi Sungai Perak ketika aktiviti penduduk masih menggunakan pengangkutan air sebagai perhubungan antara penduduk di sepanjang Sungai Perak.
-Jumlah penduduk yang bertambah dan pembinaan jalanraya baru merentasi Kampung Lambor Kiri, satu cadangan membina masjid yang baru telah dicadangkan berhampiran jalanraya untuk kemudahan penduduk.
-Pembinaan sebuah masjid baru telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh waris Penghulu Jabar dan siap dibina sekitar tahun 1965. Masjid ini digunakan untuk kemudahan 4 buah kampung iaitu Kampung Lambor Kiri, Kampung Baru Lambor Kiri, Kampung Pulau dan Kampung Teluk Sena. Masjid ini telah dicadangkan dengan nama Masjid AI-Jabariah oleh penduduk sempena mengambil nama Penghulu Jabar yang telah berkhimat.
Sebagai Penghulu Mukim Lambor dan menyumbang tanah yang diwakafkan untuk pembinaan masjid ini.
Masjid ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1966 dan beberapa kali dinaiktaraf untuk keselesaan penduduk. Pada 2011, masjid ini telah dibangunkan dengan struktur asas bangunan diperluaskan untuk menampung jumlah khariah yang semakin bertambah.
-Masjid ini agak strategik kerana berhampiran dengan jalanraya dan mempunyai dataran ligat yang luas untuk meletakkan kenderaan berat seperti lori dan bas menjadikan masjid ini sebagai perhentian untuk solat mempunyai landskap sawah padi dipersekitarannya.
BINAAN
1. berciri pembinaan islamin dan tradisional melayu
2. keseluruhannya batu
KEMUDAHAN
1. tempat letak kenderaan yang selesa
2. balai lintang
3. tempat whudu lelaki dan perempuan
4. tandas lealki dan perempuan.