membina masjid itu bagi menggantikan masjid lama yang sudah usang.
“Masjid lama sudah terlalu uzur dan hanya boleh memuatkan kira-kira 300 jemaah sahaja,†katanya sambil berharap penduduk kampung dapat memanfaatkan sepenuhnya masjid baru itu.
Sementara itu, bekas imam masjid, Sayed Nengah Sayed Uda memberitahu, masjid lama yang dibuat daripada papan telah dibina pada tahun 1917 dan merupakan masjid ketiga di Parit.
Masjid As-Salam itu dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak dengan peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri sebanyak RM2.5 juta dan mampu memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid As-Salam mula dibina di atas tapak lama pada 26 Ogos 2015 dan siap sepenuhnya pada 27 Februari 2017.
“Pembinaan masjid ini berjalan dengan baik mengikut tempoh 18 bulan seperti yang ditetapkan, tanpa sebarang lanjutan masa,