Pada tahun 1953, Kg. Belum baru dibuka oleh penduduk dari Lembah Belum yang diperintahkan pindah oleh pemerintah British ke penempatan baru disebabkan gangguan pengganas komunis di Lembah Belum.
Dianggarkan terdapat 250 keluarga yang dipindahkan dari Lembah Belum ke Kg. Belum Baru. Dari tahun 1953 hingga tahun 1986, penduduk Kg. Belum Baru terletak dalam kariah Kg. Malau. Mereka solat jumaat di masjid berkenaan. masa itu penduduk Kg. Belum Baru hanya mempunyai sebuah surau yang dibina secara gotong royong di tepi tapak bangunan masjid sekarang.
Ahli jemaah Kg. Belum Baru mengatasi kadar jemaah Kg., Malau dalam julat 3/5. ini menyebabkan masjid berkenaan semakin sempit. Tambahan pula generasi baru yang akil baligh dan sudah diwajibkan sembahyang jumaat berkembang pesat terutamanya penduduk Kg. Belum Baru.
Sementara itu beberapa penduduk Kg. Belum Baru telah dilantik menjadi imam, bilal dan siak di Masjid Kg. Malau. Maka timbul sedikit konflik penggunaan bahasa. Orang kampung belum adalah berasal dari rumpun melayu pattani yang mempunyai dialek sedikit berlainan dari dialek tempatan terutamanya generasi tua. Maka timbullah polimik dan persendaan yang menyentuh perasaan imam yang membaca khutbah yang menggunakan teks bahasa kebangsaan.
Penduduk Kg. Belum Baru juga menghadapi dilema pengangkutan dari Kampung Belum Baru ke Masjid Kg. Malau sejauh lebih kurang 2KM kerana kebanyakannya tidak mampu membeli basikal. Latar belakang kehidupan mereka adalah mengambil upah menjadi penoreh getah dan peneroka dan penanam padi bukit bagi menampung kehidupan sementara menunggu tanaman getah mereka matang mengeluarkan hasil. Dalam keadaan tergesa-gesa kerana baru pulang dari mencari rezeki ada yang terlepas dari menunaikan solat jumaat.
Akhirnya penduduk kg belum baru berpendapat mengapa harus pergi sembahyang jumaat ke kg lain sedankn jemaah kg belum baru jauh melebihi jemaah yang diperlukan untuk mendirikan solat jumaat.
Sehubungan dengan itu, satu kumpulan penaja untuk mendirikan masjid kg belum baru diwujudkan. Mereka ini juga dari kalangan pemimpin masyarakat , parti politik , imam dan jkkk yang mempunyai pengaruh dikalangan pemimpin politik tempatan dan negeri.