MASJID KAMPUNG SAWA

KAMPUNG SAWA, 33300 GERIK,PERAK.
PERAK
0808123
01113393978
03/05/1972

SEJARAH

Sebelum pembinaan masjid ini, penduduk kariah masjid bersolat di surau yang terletak tidak jauh dari tapak masjid ini. Setiap kali solat jumaat jemaah akan melimpah hingga ke luar surau dan ada yang tidak dapat bersolat jumaat pada ketika jemaah yang sangat ramai. Inisiatif telah diambil oleh jawatankuasa surau dan ketua kampung pada ketika itu iaitu Tuan Hj Hashim B Ngah Musa mengemukakan cadangan kepada Pejabat Daerah Hulu Perak agar dibina masjid bagi menampung keperluan jemaah. Alhamdulillah pada tahun 1972, telah dibina Masjid Kampung Sawa. Masjid ini telah mengalami dua kali proses pengubahsuaian pada tahun 2000 dan 2012 yang lalu bagi menampung lebih ramai jemaah yang merangkumi dari Kampung Rancangan Merah, Kg. Kuala Kenering, Kg. Kubang dan Balai Polis Air Kala. Pada awal tahun 2015, masjid ini dipasang penghawa dingin bagi memberikan lebih keselesaan kepada para jamaah.

BINAAN

Masjid ini mempunyai menara, kubah dan ruang solat seperti kebanyakan masjid di malaysia dan tiada cirir-ciri tertentu.

KEMUDAHAN

- tempat wudhu' - telekung - sejadah - bilik pegawai masjid - ruang makan - ruang memasak - parking - tandas awam - perpustakaan - kawasan riadah

PETA