Kampung Perah telah dibuka oleh Mekong Pak Liah yang merupakan seorang "neban"/penghulu. Beliau memulakan penerokaan hutan untuk menanam padi bendang diikuti dengan tanaman dusun sekitar tahun 1900an. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Kampung Perah ialah serangan pengganas komunis pada 05 September 1950 yang telah mengorbankan 3 orang penduduk kampung.
Selain daripada itu, Kampung Perah juga telah ditenggalami oleh banjir besar pada tahun 1927 dan 1967 yang memaksa penduduk dipindahkan ke tempat yang selamat. peristiwa ini berlaku sebelum empangan temenggor dibina.
nama kg perah diambil daripada pokok "perah". pokok perah ialah satu spesis tumbuhan yang tergolong dalam famili euphorbiaceae dan merupakan ahli tunggal untuk genus ( elasteriospermum), dan tribusnay, (elateriospermeae). Pokok ini terdapat di selatan thailand sehingga semenanjung Malaysia.'/mempunyai buah yang beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul. "buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan lici manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.
Sebelum dibina masjid yang ada sekarang penduduk Kampung mengerjakan solat berjemaah di surau yang dibina secara bergotong royong. Akibat pertambahan penduduk, sebuah masjid diperlukan. Maka pada tahun 1983, penduduk kampong mengambil inisiatif memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah masjid.
Satu lagi masalah timbul apabila tiada tapak khusus untuk pembinaan masjid. Masalah ini Berjaya diselesaikan apabila seorang hamba Allah bermurah hati mewakafkan tanah beliau sebagai tapak masjid.
Akhirnya kerja-kerja pembinaan dimulakan pada bulan 1983 dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM70,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan juga daripada sumbangan orang ramai.
Pada tahun 2007, nama Masjid Kampung Perah telah ditukar kepada Masjid al-Wahidah, Kg Perah.
BINAAN
KELUASAN MASJID ADALAH 60X60 KAKI PERSEGI DENGAN DEWAN SOLAT BERKELUASAN 60X50 KAKI PERSEGI YANG MAMPU MEMUATKAN SERAMAI 200 ORANG JEMAAH PADA SATU-SATU MASA. DEWAN SOLAT DILEBARKAN MENJADI 60X60 KAKI PERSEGI PADA TAHUN 1996 YANG DIBUAT SECARA BERGOTONG ROYONG
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-tandas awam
-kerusi orang kurang upaya