MASJID AL-TAQWA

KAMPUNG AIR PANAS, 33300 GERIK, PERAK
PERAK
0808117
0175881360
10/01/1966

SEJARAH

Pada mulanya ianya sebuah madrasah, dibina pada tahun 1947 secara bergotong royong oleh penduduk kampung yang diketuai oleh ketua kampung pada masa itu Tuan Hj Abdul Rahman B Haji Salleh. 1966-Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina sebuah masjid baru, pembinaannya mengambil masa hampir 1 tahun. Masjid ini diberi nama Masjid Kg Air Panas Gerik. Masjid ini telah disempurnakan perasmiannya pada Januari 1968 oleh kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah, Sultan Perak. 1998-Masjid ini telah dijenamakan semula dengan nama Masjid al-Taqwa menggantikan nama lama Masjid Kg Air Panas, Gerik. 2003 - Masjid ini diperbesarkan dan dilakukan sedikit pengubahsuaian dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. 2004 - Masjid ini telah dibesarkan di bahagian hadapan dengan menggunakan dana wakaf daripada penduduk kampung dan orang ramai. 2013 - Pemasangan sistem siaraya dengan kos RM18,000, sumber kewangan dari tabung wakaf masjid. 2015 - Pihak jawatankuasa telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf iaitu menukar pintu kayu kepada pintu cermin, memasang dinding cermin. Menaik taraf pendawaian elektrik kepada 3 phase bagi tujuan memasang alat penghawa dingin. Kos bagi kerja-kerja berkenaan berjumlah RM40,000, sumber kewangan dari tabung dan wakaf dari penduduk kampung dan orang ramai.

BINAAN

-binaan konkrit -berkubah dan menara -mihrab -ruang solat

KEMUDAHAN

- tempat wudhu' - telekung - sejadah - ruang memasak - parking - kedai perniagaan - tandas awam - kerusi orang kurang upaya - bazigo ( pondok rehat )

PETA