KAMPONG SUNGAI PEROTAN 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK.
PERAK
0807082
017 5026218
21/02/1961
SEJARAH
Masjid ini dibina dalam tahun 1961, dengan kutipan wakaf ketika itu dengan sumbangan merupakan tiang, kayu dan sebagainya. Sebahagian daripada itu baitul mal memberi sumbangan untuk menjayakan serta membina sebuah masjid.
Pada tahun 1972, Kerajaan Persekutuan menyumbang sebanyak RM25,000. Semasa Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak b Hussein merasmikan Balai Raya Kg.Sungai Protan.
Sebelum tarikh itu tiada peruntukan diterima dari Kerajaan Persekutuan, sehingga pada tahun 2010 Kerajaan Persekutuan menyumbang sumbangan RM50,000. Dengan peruntukan yang diterima pihak masjid dapat membina tembok, pagar, kolah serta lantai masjid.
BINAAN
Masjid kg sg protan didirikan secara gotong royong ketika itu dengan pertukangan melayu bumbung lima cuma membezakan kubah sebagai tanda masjid. Ciri-ciri itu kekal sehingga kini kerana belum ada pengubahsuaian di buat.