MASJID MATANG PASIR

BERIAH, ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI, PERAK
PERAK
0807081
012 485 1796
10/02/1942

SEJARAH

Sejarah telah berlalu pada masa pemerintahan British sebelum Jepun memerintah Tanah Melayu pada 1941. Penduduk pada waktu itu telah berusaha membina sebuah masjid di Kampung Matang Pasir Beriah di atas tanah milik (Awang b Ishak) yang dibina secara gotong-royong yang diperbuat dari kayu-kayu hutan beratap rumbia dan dinding atap yang sama berlantaikan kayu-kayu hutan yang ditarah menjadi sama itulah lantai masjid sejadah solat digunakan tikar yang diperbuat dari mengkuang di wakaf oleh penduduk setempat, tempat untuk digunakan air parit berhampiran kematian dikebumi di Masjid Alor Pongsu jarak 1 kilometer dari masjid ini. Pada tahun 1942, setelah Jepun menyerah, British kembali memerintah Tanah Melayu pada masa itu. Ada seorang anak Kampung Matang Pasir dilantik memegang jawatan penghulu mukim Beriah ayahanda kepada Tn Hj Mahmud b Hj Rahman mereka dari golongan berada. Ayah beliau telah mewakafkan sebidang tanah Gn.756/28-7-1905 3e or o2p yang sekarang telah di gazet sebagai tanah masjid. Dalam tahun 1942, masjid lama dipindahkan ke tapak wakaf dibina semula secara bergotong royong dengan bentuk asal kekal kayu hutan. Bumbung dan dinding di ganti dengan zink. Imam pada waktu itu Hj Mahmud b Hj Rahman tempat wuduk digali telaga di sebelah belakang masjid. Kawasan tanah perkuburan di khaskan di sebelah kanan masjid seperti sekarang. Keadaan muka bumi tanah berpasir. Pada tahun 1960, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan RM6,000 untuk membina baru Masjid Matang Pasir dengan kayu-kayu dari kilang. Apabila siap dibina masjid ini dinamakan Masjid Jamek Matang Pasir. Pada tahun 1963, ia dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris. Pada tahun 1966, Kerajaan Negeri memberi peruntukan RM3,000 tambah ruang kembar dibelakang masjid. YB Dato Ramli bagi peruntukan RM2000 untuk membina dewan disebelah belakang. Pada tahun 1978, YB Dato Muhamad Abas bagi RM2000 tambah ruang sebelah kiri masjid. Dengan bangunan ini lah yang digunapakai oleh jemaah kariah masjid matang pasir hampir 40 tahun.

BINAAN

Penduduk pada waktu itu telah berusaha membina sebuah masjid di Kampung Matang Pasir Beriah di atas tanah milik (Awang b Ishak) yang dibina secara gotong-royong yang diperbuat dari kayu-kayu hutan beratap rumbia dan dinding atap yang sama berlantaikan kayu-kayu hutan yang ditarah menjadi sama itulah lantai masjid sejadah solat digunakan tikar yang diperbuat dari mengkuang di wakaf oleh penduduk setempat.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik pegawai masjid -ruang makan -ruang masak -laluan orang kurang upaya -tandas awam

PETA