MASJID AT-TAQWA

JALAN KUBU GAJAH 34400 SIMPANG 4 SEMANGGOL PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0807079
019 451 5309
09/07/1956
09/07/1956

SEJARAH

Masjid ini asalnya sebuah surau papan berukuran 20' x 40', dibina dalam tahun 1926 dan sekadar mampu memuatkan lebih kurang 50 orang jemaah . Lokasi asalnya adalah lebih kurang 30 meter dari masjid yang ada pada hari ini. Apabila penduduk kampung ini bertambah ramai , dirasakan amat perlu bagu dibina sebuah masjid untuk didirikan solat jumaat dan solat-solat fardhu secara berjemaah. Masjid yang pertama di kampung ini dibina dalam tahun 1956 hasil kutipan dan derma daripada penduduk setempat. Masjid ini kecil dan sekadar boleh menampung lebih kurang 200 orang jemaah sahaja. Kos pembinannya adalah lebih kurang RM60,000. Memandangkan para jemaah bertambah berlipat kali ganda, dirasakan kampung ini memerlukan sebuah masjid yang lebih besar dan lebih moden . AJK masjid telah membuat permohonan kepada kerajaan pusat bagi mendapatkan bantuan kewangan. Permohonan ini diluluskan dan kerajaan pusat telah memperuntukkan wang sejumlah RM1,230,000 bagi membina masjid baru. Projek masjid baru mula dilaksanakan pada bulan September 2009 dan siap sepenuhnya dalam bulan September 2010 dan sudah beroperasi selama 5 tahun.

BINAAN

Struktur binaan adalah ala masjid masa kini. Masjid ini diperbuat daripada simen konkrit sepenuhnya. Masjid mempunyai kapasiti untuk solat berjemaah seramai lebih kurang 500 orang. Kubah masjid berbentuk separuh bulat seperti dom. Masjid ini tidak ada menara. Bumbung dibuat daripada zink tebal (bising bila hujan turun). Mimbar masjid ini dibuat khas daripada kayu. Ruang solat mampu menampung lebih kurang 500 jemaah pada satu-satu masa. Ruang solat lelaki cukup luas dan ruang solat wanita juga mampu menampung seramai lebih kurang 60 jemaah. Tidak ada sebarang seni khat di masjid ini.

KEMUDAHAN

PETA