MASJID KAMPONG TUA

34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK
PERAK
0807078
11/02/1891

SEJARAH

Pembinaan masjid ini pada tahun 1891 secara bergotong royong oleh penduduk. Asal masjid ini di bina menggunakan keseluruhan kayu yang dibelah sendiri oleh penduduk kariah masjid, berlantai papan, bumbung zink. Pada tahun 50an, masjid ini dibaik pulih oleh penduduk berlantai simen, dinding separuh batu bata dan papan. dan pada tahun 1964, sekali lagi masjid ini dibaik pulih dengan mengikat batu bata keseluruhan masjid bertingkap naco dan berbumbung asbstos, semua kerja-kerja pembinaan secara gotong royong. Sumber kewangan adalah dari wakaf penduduk kampung tu. sehingga sekarang bahan binaan asal masih ada di gunakan dan masih kukuh.

BINAAN

Ciri-ciri binaan mengikut binaan masjid berkubah.ruang solat yang memuatkan 300 jemaah. Binaan keseluruhan batu bata.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -tandas awam

PETA