Masjid Jamek Kg.Dew mula dibina pada awal tahun 1948 di atas tanah rizab kerajaan lot no : 9176, iaitu bersebelahan Balai Pemeriksaan Hutan Kg.Dew dengan keluasan 20' x 24' hasil daripada sumbangan penduduk.
Pada tahun 1957, masjid ini telah diubahsuai dan diperbesar dengan keluasan 24'x32' daripada bahan binaan kayu dan atap zink. Sekitar tahun 1970'an, sekali lagi masjid ini diperbaiki dengan dibina dinding separuh simen setinngi 3 kaki dan papan serta dapat menampung kira-kira 250 orang jemaah.
Memandangkan pertambahan penduduk dan jemaah yang bertambah serta keadaan semasa, pihak ahli jawatankuasa masjid sesi 2009-2013 telah berusaha untuk mendapatkan dana daripada ahli kariah serta dermawan daripada pihak luar kariah untuk membesarkan masjid ini. Hasilnya pada pertengahan tahun 2009, kerja-kerja membina semula masjid ini telah dapat di jayakan dengan kos hampir RM400,000 ( iaitu RM80,000 daripada tabung masjid dan RM320,00 daripada sumbangan drmawan luar kariah) kerja-kerja pembesaran dan pengubahsuaian ini merangkumi kerja-kerja menggantikan struktur bangunan, pendawaian semula letrik, pemasangan alat penghawa dingin, kemudahan tandas dan bilik air serta membina pagar. Dengan keluasan yang ada sekarang, iaitu 70' lebar x85' panjang, masjid ini dapat menampung sekitar 400 orang ahli jemaah. Masjid Jamek Kg.Dew tidak berkunci serta dibuka 24 jam untuk kemudahan orang ramai untuk singgah solat .
BINAAN
Masjid ini berbentuk senibina melayu yang mana struktur binaannya terdiri daripada separuh dinding simen setinggi 4 kaki dan dinding papan/playwood tebal di bahagian atas setinggi 7 kaki serta bumbung berbentuk bumbung lima.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik pegawai masjid
-ruang makan
-ruang masak
-parkir
-tandas awam