MASJID JAMEK SUNGAI DUNGUN

SUNGAI DUNGUN 34300 BAGAN SERAI,PERAK
PERAK
0807076
05-7216578
09/01/1962
09/01/1962

SEJARAH

Sumber pendapatan penduduk setempat pada ketika itu adalah pekerja ladang, nelayan pantai, petani (pesawah) dan lain-lain lagi. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang ilmu agama dan juga solat harian. Pada ketika itu, basikal adalah kenderaan utama bagi penuduk disini. Kedudukan masjid yang ada ketika itu hanyalah di pekan Bagan Serai dan Kuala Kurau sahaja. Mereka merasakan adalah terlalu jauh untuk berbasikal bagi menunaikan solat terutamanya solat jumaat. Cetusan ilham pembinaan masjid ini datang dari beberapa orang ahli agamawan yang berada di kariah ini. Mereka merasakan perlunya ada sebuah masjid bagi memudahkan anak kariah menunaikan sembahyang dan mendapat pendidikan ilmu agama disamping menyatukan anak kariah di kawasan ini.

BINAAN

Pada tahun 196, binaan asal bangunan masjid diperbuat daripada kayu. terdapat 28 batang tiang kayu di bahagian ruang solat utama bagi menyokong struktur bumbung masjid. dinding setinggi 3 kaki diperbuat dari simen batu bata dan bertingkap nako. Kerangka dan struktur bumbung pula diperbuat dari kayu dan beratapkan asbestos. Keluasan asal masjid ini ialah 40 kaki lebar 70 kaki panjang. Pada tahun 2005, bangunan masjid ini telah diubahsuai. Kelebaran diperbesarkan 15 kaki dibahagian kanan dan 15 kaki dibahagian kiri masjid dan ianya menjadikan jumlah kelebaran 70 kaki. Tiang-tiang kayu digantikan dengan 4 batang tiang konkrit serta rasuk konkrit. Ketinggiannya dinaikkan 5 kaki ( bahagian kubah dan 3 kaki bahagian dinding sekeliling) tetulang bumbung ( kekuda) digantikan dengan besi manakala bumbung digantikan dengan metal deck. Dinding sekeliling dipasang dengan batu bata hingga ke bumbung besertakan tingkap dan pintu sliding dengan aluminium frame. Keluasan keseluruhan ruang solat utama menjadikan 70 kaki lebar dan 70 kaki panjang.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -kerusi orang kurang upaya -gazibo (pondok rehat )

PETA