NO. 128, PARIT JAWA ATAS,
34300 BAGAN SERAI, PERAK
PERAK
0807074
013 509 5501
08/01/1945
SEJARAH
Pembinaan masjid ini dilakukan sekitar tahun 1945. Masjid ini dibina menggunakan 100% kayu. Masjid ini dibuat oleh tukang kayu di Tanjung Piandang dan diangkut secara gotong royong ( berjalan kaki ) daripada Tanjung Piandang ke Parit Jawa dengan tiada sebarang kemudahan asas. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Almarhum Haji Walad sebagai tapak masjid dan tanah perkuburan dan telah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Serai.
Pada tahun 1990, masjid ini telah diubahsuai dengan mnggunakan 100% tabungan masjid dan daripada struktur kayu kepada 80% batu. Tiang dan bumbung menggunakan bangunan asal.
Masjid ini terletak dalam kawasan perkampungan dan orang-orang kenamaan atau pegawai jabatan jarang-jarang datang mengunjungi masjid.
Sebuah masjid yang dhaif dan dipinggirkan oleh pihak kerajaan.
BINAAN
Pembinaan asal masjid ini adalah menggunakan 100% kayu yang mana masjid ini mempunyai 12 tiang. Pembinaannya dilakukan secara bergotong royong pada tahun sekitar 1945. Masjid ini tidak mempunyai kubah ( hanya terdapat di atas tiang menara ) tiang menara telah dibina terlalu rendah ( 2tingkat) terdapat pembesar suara dan kubah.
Pada tahun 1990, masjid ini telah di ubahsuai daripada 100% kayu kepada batu (simen) yang juga menggunakan wang kutipan penduduk. Bumbung masjid (ardex) yang sekarang telah bocor dan usang dan ada yang pecah.
Terdapat 10 set. Setiap set boleh memuatkan 20 jemaah. Tiada ruangan khas untuk kaum muslimah. Mihrab berukuran 10 x 8 kaki juga dimuatkan dengan mimbar asal (1945).
Masjid ini perlu diperbesarkan kerana tidak dapat menampung jemaah apabila solat sunat aidilfitri.
Pendawaian elektrik juga telah usang. Kerapkali berlakunya kerosakan pada lampu dan kipas.