Kampung Matang Gerdu mula diterokai dan dibuka mengikut cerita lisan daripada Tuan Imam Shafee b Hj Saud ialah pada lebih kurang tahun 1880 lalu diketuai oleh Tuan Haji Mat Saman b Hj Husain yang datang mencari penghidupan baru dengan membuka tanah sawah padi. Beliau bertekad meninggalkan kampung asalnya di Matang Tok Jaya Alor Jangus, Kedah Darul Aman. Di Kampung yang baru diterokai oleh beliau, dimana beliau dikenali juga dengan panggilan Wa Mat Saman semasa mengajar ilmu agama Islam di kg ini. Lokasi ini dinamakan Matang Gerdu kerana terdapat banyak pokok gerdu di kawasan ini. Pokok Gerdu ini seakan-akan seperti Buluh Nibong dan buahnya keras. Pokoknya juga rendah daripada pokok Nibong.
Pada masa yang sama juga dalam tahun 1880, Mat Saman berusaha bersama penduduk lain mendirikan surau yang kemudiannya dijadikan masjid.
BINAAN
KEMUDAHAN
-TEMPAT WUDUK
-TELEKUNG
-SEJADAH
-BILIK MESYUARAT
-BILIK PEGAWAI MASJID
-PEJABAT MASJID
-RUANG MAKAN
-RUANG MEMASAK
-PARKIR
-TANDAS AWAM
-PONDOK REHAT