MASJID JAMEK CHANGKAT LOBAK,

34300 BAGAN SERAI PERAK
PERAK
0807071
016-4220848
10/02/1930

SEJARAH

Pembinaan masjid bermula pada awal tahun 1930 yang mana cetusan pembinaan oleh keluarga yang datang berhijrah dari pantai timur ( Kelantan ) untuk meneroka tanah pertanian. Setelah penambahan penduduk pada sekitar tahun 1930, keperluan tempat beribadat diperlukan untuk berjemaah. Merujuk pada sejarah dan cerita dari penduduk yang berasal dari Kg.Changkat Lobak, pada permulaan mendirikan masjid, mereka bergotong royong mencari kayu hutan, yang mengambil masa berbulan untuk menyiapkannya.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan kayu dan dinding papan, serta bumbung zink. Pembinaannya digabungkan diantara tukang dari kelantan yang berhijrah ke perak dan menetap di changkat lobak, bersama dengan penduduk yang berketurunan banjar. permulaan pembinaan masjid ini berkeluasan lebih kurang 40 kaki persegi, den0000000000000000000000000000000gan kapasiti jemaah sekitar 100 orang jemaah. kini setelah beberapa kali diubahsuai dengan keseluruhannya batu bata, dengan simen yang boleh menampung jemaah hingga 500 orang.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah -pondok rehat

PETA